love

title bar

Monday, June 2

Zinc Untuk Kesuburan Lelaki




Zinc Untuk Kesuburan Lelaki


Assalamualaikum & Selamat Pagi..^_^
Hari ini saya nak bercerita tentang kepentingan zink untuk kesuburan lelaki.Bukan isteri saja yang mengalami masalah kesuburan, suami pun ada taw.Kepentingan pengambilan zink oleh suami amat penting untuk mendapatkan zuriat...

Bagaimana zink mempengaruhi kesuburan lelaki...

* Zink dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain.Zink berperanan penting dalam organ seks lelaki.

* Kesuburan lelaki bergantung kepada kualiti sperma dan bukanlah jumlah air mani yang dikeluarkan.Zink membantu memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma serta menurunkan ketidaksuburan lelaki.

*Zink yang cukup membantu dari segi bilangan sperma yang bertambah, pergerakan yang normal iaitu sperma bergerak lurus dan tidak berpusing-pusing, ciri fizikal sperma yang normal dan sihat.

*Kekurangan zink akan merendahkan hormon testosterone menurun dan jumlah sperma. Kandungan zink yang rendah boleh menyebabkan kemandulan kerana kandungan sperma yang kurang. Kajian menunjukkan bahawa suplemen zink boleh memberi manfaat kepada lelaki yang mempunyai bilangan sperma dan tahap testosterone yang menurun.

Rumusan  kelebihan Zink....

*Zink akan membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.

*Zink akan meningkatkan kesihatan seksual dan tahap testosteron.

*Zink menguatkan sperma.
Jadi jika mahukan sperma yang sihat pastikan anda mengambil Zink.





Antara Kebaikan Zinc untuk Kesuburan.

* Gangguan Prostat - Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

* Mengandung - Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

* Pembiakan - Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

* Fungsi Biologi - Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan.



1. Menguatkan sel sperma
Jika inginkan zuriat, adalah tidak memadai jika hanya mempunyai nafsu seks yang sihat dan sperma yang sihat dalam jumlah yang mencukupi. Tapi sperma tersebut perlu lahmampu untuk bergerak dengan pantas. Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk berenang ke arah telur untuk menyuburkannya.  Ketahanan dan kekuatan sel sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan lelaki.Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh.

2. Meningkatkan Kesihatan Seksual dan TahapTestosteron 
Zink ni dipanggil "the ultimate sex mineral" kerana  zink mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang.  Zink adalah penting untukpengeluaran sperma, dan kebanyakan kebanyakan sebab kenapa jumlah air mani menurun dan paras testosteron rendah adalah kerana bekalan zink rendah.Info menarik, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5 miligram zink, atau hampir separuh daripada jumlah keperluan harian manusia. Jadi jika anda sedang planning untuk menambah ahli kelaurga, zink boleh membantu meningkatkan kesuburan anda.

3. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat
Zink memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat. Baru-baru ini, ahli-ahli sains di Universiti Johns Hopkins dan Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (cabang penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) mendapati bahawa tisu prostat kanser mengandungi zink yang sangat kurang berbanding daripada tisu organ yang sihat. Walaupun zink terdapat dalam setiap organ, tisu dan sel dalam tubuh manusia, tetapi dalam badan lelaki, prostat mempunyai zink lebih daripada mana-mana tisu lain kecuali tulang. Lelaki yang kurang kandungan zink cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai potensi mengidap kanser prostat yang lebih tinggi.

Satu lagi fakta menarik tentang zink adalah zink merupakan mineral penting yang membantu menghasilkan thyroid-releasing hormones, atau TRH, dalam otak, yang kemudiannya memberi isyarat pituitari untuk menghasilkan  thyroid-stimulating hormone (TSH). 
Pada lelaki, kegagalan untuk melakukannya juga menghasilkan tahap testosteron yang rendah.

Zinc didalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain.Defisensi yang serius mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten,perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel,kiraan sperma yang rendah,kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra matang,dan keguguran rambut.




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM: Nabilla Illa
✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913
    Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe
 ➲ COD Area: Kuantan, Pahang
     Delivery Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment