love

title bar

Sunday, November 30

Kebaikan Vitamin B - Complex Shaklee



 B - Complex Shaklee.....


Assalamualaikum...Hari ni nabila nak share  mengenai B Complex... Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan... Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B Complex...






Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air...

Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin


 






Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus... Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat... Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia...




Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita???



  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.


 Jommmm dapatkan B -Complex Shaklee dengan Nabilla Vitta Shoppe Sekarang...!!!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Saturday, November 29

Khasiat Madu Lebah


Khasiat Madu Lebah....


Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, kaya dengan khasiat tetapi juga madu boleh digunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula... Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan....


Khasiat Madu....

Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan... Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya... Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah :

  • asma
  • haid
  • resdung
  • alahan 
  • jerawat
  • rambut gugur
  • barah
  • sakit kepala
  • buasir
  • sakit pinggang
  • gastrik
  • penyeri muka


Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu yang perlu kita ketahui... Di antaranya, madu dapat :
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan...
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
  • Membersih dan menambah darah...
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah...
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih...
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif...
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi...
  • Mengelak cacing perosak dalam perut...
  • Menambah kelazatan makanan...
  • Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman...
  • Mudah dan cepat diserap oleh badan...
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat...
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak...
  • Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang...
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar...
  • Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran...
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada... Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit...
  • Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus..
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu)...
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal..
  • Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan...


Cara Mengetahui Keaslian Madu

Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini... Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna...

Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
  • Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut...
  • Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk...
  • Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas...
  • Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan...Jika madu asli, ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan...
  • Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan... Madu asli akan membentuk bulatan...
  • Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu... Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak...
  • Titiskan setitis madu ke atas kertas... Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas...


Cara Menyimpan Madu

Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu... Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya :-
  • Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap... Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya...
  • Simpan madu di dalam bekas berkaca... Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat... Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan...
  • Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara... Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan... Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin...
  • Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari... Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu...
  • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya...


Madu menurut perspektif Islam...

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut (cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda
”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.
Di sini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.


















Friday, November 28

Kebaikan dan Khasiat Alfafa Shaklee


Kebaikan dan Khasiat Alfafa Shaklee...


Alfalfa Complex



Di Malaysia, antara tumbuhan herba yang popular ialah misai kuching, kacip fatimah, tongkat ali, ginseng dan  sebagainya.. Bagaimana pula dengan tumbuhan herba seperti alfalfa???

Ada sesetengah orang kurang mengenali tumbuhan herba alfalfa sedangkan alfalfa telah lama wujud lebih dari 2500 tahun dahulu.. Mungkin juga kerana tumbuhan ini tidak di tanam di Malaysia..

Tapi khasiat alfalfa dikatakan dapat memperbaiki dan menjaga tahap kesihatan..


Sumber Vitamin dan Mineral Alfalfa Shaklee...


Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam alfalfa ialah  :

Vitamin A untuk penglihatan...
Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan,menggalakkan pertumbuhan sel, menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan...

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara,kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot,memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan, membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata...

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik...

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya...

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati, menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur...


Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat...


Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi, membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf...

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin, membantu pengangkutan oksigen di dalam darah...

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim...

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi... Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D... Meningkatkan peranan tisu saraf...

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji...

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut...

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit, ketahanan saraf, melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak...


Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur... (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan)


Jika dilihat pada kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam alfalfa tidak hairanlah ianya memberi pelbagai manfaat untuk meningkatkan kesihatan.. Tapi harus diingat, tidak semua tanaman alfalfa mengandungi khasiat yang sama.. Kita kena ambil tahu cara tanaman alfalfa, bahagian mana yang diambil, cara pemprosesan dan sebagainya..


Siapa perlukan khasiat Alfalfa Shaklee???

  • Mereka yang ingin menyingkirkan sisa toksin di dalam badan (detoksifikasi)
  • Mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi
  • Mereka yang mengidap penyakit kencing manis
  • Mereka yang mempunyai masalah sakit sendi
  • Mereka yang mempunyai masalah pundi kencing (kencing tidak lawa, batu karang)
  • Mereka yang mempunyai masalah asthma
  • Mereka yang mempunyai masalah gastrik
  • Mereka yang mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat
  • Mereka yang mempunyai masalah dengan bau mulut
  • Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita seperti keputihan, sakit ketika bersama, merapatkan miss ‘V’
  • Golongan ibu menyusu yang mempunyai masalah penghasilan susu badan
  • Golongan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan lelaki seperti kelenjar prostate, tahan lama dan sebagainya


AMARAN!!!!

Tidak semua orang boleh mengambil alfalfa..  Jika mempunyai penyakit SLE, alfalfa boleh menyebabkan masalah bertambah teruk..

Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang mengidap kanser seperti kanser payu dara,  kanser ovari serta fiborids  tidak digalakkan untuk ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser..

Dan bagi mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin juga tidak digalakkan ambil alfalfa.. Ini kerana kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu di dalam memekatkan darah.. Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin tidak berkesan..




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Thursday, November 27

Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima


Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima Yang Kita Tidak Tahu...!!!




Menurut kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut....


Delima membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, dan mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan sel-sel adipos di perut mereka, dan membantu mengurangkan itu asid lemak dalam darah, yang dikenali sebagai yang “Neva”, dan merendahkan  tekanan darah, yang menghalang strok, serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang...

Para penyelidik menunjukkan terdapat faedah lain rawatan delima demam tinggi, sakit kepala, penglihatan, di mana jus delima digunakan pada kadar dua cawan sehari, dan yang mengendalikan masalah hidung dan mengaktifkan saraf dan kes keletihan dan menahan kesakitan....

Kelebihan Jus Delima Asli....

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia...

Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Asli 100% “Pomepure” bebas daripada campuran bahan pengawet....


Delima Mengurangkan Berat Badan....

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat... Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan...


Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin...

Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki... “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik...


Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis


Jus Buah Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung... Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries)... “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”


Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung


Meminum Jus Buah Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran... Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam... Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik... Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi...


Delima Melawan Kanser Payudara


Kajian Penyelidik mendapati Jus Buah Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada...


Delima Melawan Penyakit Jantung


Jus Buah Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan... Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser..



Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat... Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah...


Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol

Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukan kolestrol yang buruk... Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya...


Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Jus Buah Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang... Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok....




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Wednesday, November 26

Vitamin C penting untuk Ibu Mengandung



 Kepentingan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung...

 

 
 

Vitamin C dikenali sebagai asid askorbik, ia penting untuk pembaikan tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan pembaikan, dan kulit yang sihat... Vitamin C juga membantu melawan jangkitan badan kita, & ia bertindak sebagai antioksidan, melindungi sel-sel daripada kerosakan...

Ada sebilangan ibu-ibu hamil yang masih lagi belum tahu tentang kepentingan pengambilan vitamin c ketika kehamilan...

Ibu & bayi amat memerlukan vitamin ini setiap hari...kerana vitamin c adalah untuk pembentukan kolagen, struktur protein yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang, & kulit... Berdasarkan kajian, bagi sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C dalam bayi yang baru lahir boleh menjejaskan pembangunan mental.
..



Vitamin C juga membantu badan ibu menyerap zat besi... Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam setiap hidangan agar ibu dapat keperluan vitamin C secukupnye... ibu-ibu juga boleh mengamalkan pengambilan vitamin C dalam bentuk supplemen......
 

Berapa banyak vitamin C yang diperlukan oleh ibu hamil???


Ibu hamil : sekurang-kurangnya 85 miligram (mg ) vitamin C sehari  
Ibu hamil berusia 18 atau lebih muda : 80 mg 
Ibu menyusu : 120 mg 
Ibu menyusu berusia 18 tahun atau lebih muda : 115 mg
 
* Ini  hanyalah anggaran purata sepanjang beberapa hari atau beberapa minggu

Sumber makanan seperti buah-buahan sitrus sangat tinggi dalam vitamin C, tetapi sayur-sayuran hijau, buah-buahan lain & sayur-sayuran adalah sumber yang sangat baik... Kepanasan boleh memusnahkan vitamin C ketika memasak... Oleh itu adalah lebih baik untuk memilih vitamin C dari sumber makanan yang segar...


Perlukah ibu-ibu mengambil supplemen vitamin C????  

Perlu sebenarnye...ibu-ibu boleh mengamalkan Vitamin C semulajadi dari Shaklee yang bebas dari bahan kimia..


Tanda-tanda kekurangan Vitamin C termasuk rambut rapuh,keradangan gusi, kasar, kulit kering, luka lambat sembuh, dan lebam....







Jommmm dapatkan Vitamin C Shaklee dengan Nabilla Vitta Shoppe SEKARANG..!!!!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Tuesday, November 25

Tips Penjagaan Ketika Hamil


Tips Penjagaan Ketika Hamil (terutama pada yang baru mula menjadi IBU) 

 

 
1. Makan makanan yg seimbang 

  • kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

2. Jaga tingkah laku,jaga amalan

  • Pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya... Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati... Supaya hati anak suci... Insya Allah...  Mengucapkan kata-kata yang baik selalu...  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir...

3. Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam 

  • Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti...  Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu...  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian...


4. Jaga pantang larang 

  • Berpantang makan yang berbisa dan tajam...Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan...Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing...  Pernah dengar tentang terkenan??? Atau terkena kenan??? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang... Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung... Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal... Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan... Jangan aniaya binatang...

5. Elakkan tekanan

  • Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas... Macam mana pulak dengan tekanan kerja.??? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya... Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban...  Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.

  • Yang terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah. Disini, “Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)”, “Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )”, “Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”, “Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”, “Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”, “Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”, “Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”, “ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”, “Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”, “Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Monday, November 24

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee



Sustained Release Vitamin C Shaklee Unik dan Istimewa.....

 


Uools nak tahu tak kenapa ramai yang tergila-gilakan Sustained Release Vitamin C Shaklee ni???Maiii nabila nak cerita sedikit apa kepentingan Vitamin C kepada tubuh badan kita....

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C.... Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain....

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anda yang mana vitamin C membina kolagen yang penting untuk melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah... Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi...


Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan...tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik... Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C... Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh... Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.




Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain...

 

 

 

Kenapa saya mengesyorkan Sustained Release Vitamin C Shaklee kepada anda..???


Vitamin C shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid..
Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam... Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu..

Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil supplemen) kerana ianya tidak boleh disimpan di dalam badan...
 
Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Sunday, November 23

Panduan Menuju ke Alam Perkahwinan ...



Persiapan Melangkah ke Alam Perkahwinan....



Hujung-hujung tahun ni ramai yang nak kahwin...Ye la cuti sekolah dah bermula.. Kawan-kawan nabila pun ramai dah berkahwin dan beranak pinak. dah pun...

Semua orang tahulah kan persiapan untuk kahwin bukannya mudah kan???
Banyak persiapan yang perlu dibuat... Yalah perlu ada persediaan mental dan fizikal... Perkahwinan memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi kedua dua belah pihak...


Sebenarnya pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan dan hala tujuan hidup bersama selepas nikah... Betul tak??? 

Okey, berikut adalah serba sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis... Nabila share ni supaya menjadi pedoman untuk mereka yang ingin berkahwin dan juga pada yang ingin berkahwin lagi...( Yang tulis ni pon tak kawin ag )hihihi

1. Kursus Kawin....

  • Kursus Kawin ni WAJIB kena pergi...kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah...  
 

2. Kadi....

  • Sekurang-kurangnye 6 bulan sebelum proposed nikah date korang..mesti kena pergi register kat jabatan agama islam, register tarikh kahwin yg akan diberikan dan tempat nikah... Lepas daftar bolehlah booking tok kadi...

3. Tempahan Mak Andam...

  • Tempahan Mak Andam sangat-sangat penting dalam perkahwinan...Mestilah nak makeup cantik-cantik kan..??Baju nak glamour-glamour..hihihi...At least six months mesti dah booking...

4. Photographer...

  • Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali...
  • photographer ni penting juga bagi nabila sebab gambar-gambar boleh buat kenangan...Nanti leh tunjuk kat anak-anak..hehehe

5. Dekorasi blok dan pelamin

  •  Sekarang macam-macam design pelamin ada...Cantik-cantik semuanya...pilihlah ikut budget korang erq...

 

6. Tukang Masak and Khemah kosi meja...

  • Tukang masak mesti ada...Tapi lebih best kalau korang ada gotong royong, save banyak sikit...hehehe

 

7. DJ/Karaoke...

  • Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan??? Mesti nak engage DJ/ Karaoke services. ..At least 6 months mesti nak kena book...


8. Door Gift...

  • Dulu-dulu door gift yang biasa telur rebus owang kasi... Tapi sekarang dah maju... Ada yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, dan macam-macam lagi...

9. Miscellaneous...

  • Perkara-perkara kecil owang selalu overlook.ll Perkara-perkara kecik camnilah yg selalu membuat kocek kiter kering... Benda-benda seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill, lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan...


10. Photobooth...
  • Zaman  sekarang ramai yang suka bergambar...Selfie sana-sini...


Total Semua Budget Sekarang $10 ribu keatas....

Untuk mereka yang bakal-bakal... Yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnya kan??? Sekarang ni kan, hantaran semakin naik harga... Maklumlah, kata orang ikut market price...Kalau harga mas naik, naik lagi harga bakal-bakal bini...Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah, hai… macam-macam sekarang nie...

Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah perempuan... Ayah selalu ikutkan aje.. Kadang-kadang ada jugak perempuan sendiri yang letak harga... lepas tu pakat dengan mak...






Bincang betul-betul antara korang dengan family dalam hal ni... Mak perempuan  kalau nak letak harga, berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki...Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje....Sekarang ni maksiat berleluasa...Sebagai ibu bapa perlulah buat yang terbaik untuk anak-anak mereka..jangan sebab letak hantaran ribu riban tengok-tengok anak kita dah bunting kan susah...

 SELAMAT PENGANTIN BARU...!!!!  :D


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia