love

title bar

Wednesday, April 23

Kepentingan Air Kosong




Pentingnya Air Kosong Untuk Badan Kita...


Assalamualaikum..salam sejahtera semua...^_^

Nabila nak cerita sikit tentang kepentingan air dalam tubuh badan kita..
Air adalah sumber alam yang paling penting dalam kitaran hidup kita 
seharian bukan hanya manusia sahaja taw tapi haiwan,tumbuhan juga 
memerlukan air untuk meneruskan hidup..
Tapi tak semua orang suka minum air kosong ni taw..ada sesetengah 
orang yang nak termuntah bila minum air tak berperisa ni..tapi macam 
mana sekalipun kita kena paksa jugak minum air kosong sebab khasiat air 
kosong tak sama dengan khasiat air manis....

Nabila nak cerita sikit kepentingan minum air kosong ni..lepas baca ni 
mesti yang tak suka pun jadi suka minum air kosong...hehehehe






Ada 8 kebaikan minum air kosong / air putih / air masak / air mineral



1. Menguruskan badan

    bila kita banyak minum air kosong kita akan dapat mengekalkan 
    metabolisma             badan, air kosong juga tidak mempunyai kalori 
    seperti air berperisa..jadi kita boleh kurus taw la kalau kita mengamalkan 
    banyak minum air kosong..

2. Meningkatkan kesuburan

    nabila tak cakap la orang yang kurang minum air kosong tak subur ye,
    semua tu kuasa tuhan tapi sains membuktikan jika kita mengambil
    lebih air kosong ianya boleh merangsang penghasilan hormon
    lelaki dan wanita..

3. Melancarkan sistem pencernaan

    Meminum air masak boleh membantu usus mencernakan makanan
    dengan cepat dan mengelakkan sembelit...

4. Melambatkan tumbesaran kanser

    Air Kosong juga boleh melambatkan pertumbuhan kanser dan
    mencegah penyakit hati dan ginjal..

5. Kecantikkan kulit

    Wahhhhh...air kosong jugak memberi kelembapan semulajadi kepada
    kulit dan melambatkan proses penuaan..kulit tidak kering dan 
    lambat berkedut..

6. Tubuh lebih segar dan sihat 

     Membersihkan tubuh dan membekalkan zat yang diperlukan oleh
     tubuh badan kerana air merupakan bahagian terbesar dalam 
     tubuh badan kita...

7. Menyembuhkan penyakit jantung

    pengambilan air kosong yang secukupnya boleh membantu badan 
    kita menyingkirkan toksin yang berlebihan.

8. Ubat kepada penyakit strok

    Air membantu melancarkan kembali pengaliran darah,melembutkan 
    otot dan ligamen yang tegang,membantu buah pinggang dan hati 
     menyingkirkan lebihan toksin..

Jadi jommm kita minum air kosong untuk tubuh badan kita supaya kita 
sentiasa sihat & cantik...
Paling kurang pun minum la 8 gelas sehari ye..^^,

TIPS SHAKLEE 1 LITER AIR = 25 KG BERAT BADAN KITA.. 
contohnya kalau berat bdan kita 50kg,..kita kena la minum 2 liter sehari....





No comments:

Post a Comment