Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah...
Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis... Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari...
Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai banyak khasiat...
Khasiat Kurma...
Kurma diangkat tinggi oleh
Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus,
serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57
peratus glukosa...
Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah
ditukar secara semulajadi...
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga
yang diserap tubuh adalah serta-merta... Sebaliknya gula di dalam
kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula
pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam
tubuh... Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi
glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga...
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana
orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam... Kurma menyumbang tenaga
serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan
menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih... Apabila tubuh berasa segar
dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu...
Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih
dan tidak bertenaga... Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan
mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab
selesai makan, mata pun mengantuk...
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya
yang mengandungi serat...Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana
ia melawaskan...
Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada
peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar...
Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali
sebagai potasium... Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf
kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab...Memang dalam
susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya
sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik
untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding...Mungkin atas
alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah
menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya..Dalam
bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam
kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam
perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk
seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan
bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit...Kurma dikatakan
menambah tenaga seksual atau batin...Jus buah kurma mungkin baru di
negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering
atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam
atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan
tambahan dalam aiskrim...
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat
besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga
niasin...Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat
serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional...
Dari segi saintifik amat berkesan bagi
mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan
gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna... Kurma
mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan
tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil...
Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel
darah putih secara berlebihan...
Selain daripada gangguan usus, jus kurma
berkesan untuk mengatasi masalah sembelit... Bagaimanapun minuman ini
tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis,
kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius..
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab
dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia...Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan
kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan
gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk...Kurma
dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang
banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang
menyebut tentang kurma...
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah
kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama
ada semasa hamil dan selepas bersalin... Hal ini berasaskan kepada wahyu
yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran
supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas
bersalin...
Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan...
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan
hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma...Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung
dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya
menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses
kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir
kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi...Jus kurma juga
dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan
meredakan tekanan darah tinggi...
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain
Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra
Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada
sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar,
merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan...
Disamping menambahkan tenaga seksual,
kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Mengikut hasil kajian
Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan
badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan
membantu tumbesaran kanak-kanak...Ia juga membantu melicinkan perjalanan
darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan
mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa
kelahiran...
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari
pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat
yang tersendiri. Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran,
Mesir, Tunisia dan Algeria..
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia
3 comments:
kat rumah Mak jemah pun memang seniasa ada bekalan kurma..makan blend dengan ESP sedap sangat:)
memang sedappp sngt2 kurma + ESP
boleh cuba la cara mak jemah tu. kat rumah ada kurma.anak2 pun suka kurma
ANAK BIJAK DENGAN OMEGA GUARD
Post a Comment