love

title bar

Friday, May 9

Masalah-Masalah yang biasa ketika hamil



Perubahan biasa ketika hamil


Apabila disahkan hamil,Seronok dan bahgiannye pasangan yang sudah berkahwin kan??
kehidupan yang dilalui oleh bakal ibu jauh berbeza berbanding ketika tidak berbadan dua...
Ada yang perlu melalui pelbagai masalah dan kesakitan namun bagi yang bernasib baik, kehamilan dinikmati penuh bahagia...

Jangan khuatir kerana kebanyakan masalah yang dihadapi oleh ibu hamil adalah normal dan tidak memudaratkan bayi dalam kandungan...Ini adalah masalah biasa ketika hamil...
Namun begitu, ada juga keadaan yang membuatkan bayi dalam kandungan turut sama merasai dan mengganggu perkembangannya dalam perut...

Antara masalah biasa ketika hamil adalah:

1. Cirit-birit

  • Biasanya masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.
  • Banyakkan pengambilan air antara 12 hingga 14 gelas sehari bagi menggantikan cecair yang hilang. Minta nasihat doktor. Jika perlu, periksa najis anda untuk memastikan masalah sebenar yang sebenar.
  • Cirit-birit boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dihidrasi. Jika keadaan ini berlarutan, bayi dalam kandungan mungkin mengalami pelbagai risiko.

2. Pening secara tiba-tiba
  • Ia berlaku akibat kekurangan bekalan darah di otak. Biasanya, kekurangan darah di otak disebabkan oleh bebrapa perakra. Antaranya, berdiri terlalu lama dan keperluan darah yang banyak pada uterus.
  • Jangan berdiri terlalu lama. Kerap duduk, baring bila terasa pening atau bergoyang. Jangan bangun secara mengejut atau bertukar suhu terlalu cepat seperti keluar dari bilik air selepas mandi menggunakan air panas.
  • Tidak berisiko tetapi boleh memudaratkan bayi jika keadaan ini berlarutan khususnya bila pertu ibu berasa berasa agak tegang ketika keadaan itu berlaku.

3. Tekanan darah tinggi atau hipertensi
  • Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa kurang selesa, pening dan pandangan kabur.
  • Punca masalah ini tidak dapat disahkan. Sebilangan daripada wanita mempunyai sel dari plasenta yang mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil vasoconstrictors yang menyebabkan saluran darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.
  • Beritahu doktor jika anda mengalami masalah tekanan darah tinggi sebelum mengandung. Sekiranya masalah ini timbul ketika hamil, anda perlu berjumpa doktor lebih kerap untuk rawatan sewajarnya. Jika masalah ini semakin teruk, kemungkinan anda akan dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Masalah ini boleh menyebabkan perkembangan bayi dalam kandungan agak lambat dan bayi tidak dapat oksigen secukupnya. Kedua-dua kesan ini boleh menyebabkan berat badan anak yang lahir di bawah paras normal.
4. Morning sickness
  • Perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Ia berlaku pada waktu pagi dan perut masih kosong.
  • Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan gula dalam darah dan peningkatan hormon mengandung yang menyebabkan iritasi pada perut ibu hamil.
  • Sesetengah makanan boleh mengurangkan masalah ini. Misalnya, makanan berkarbohidrat seperti roti, pasta, nasi, kentang dan bijirin yang dapat membekal tenaga untuk jangka masa agak panjang. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak dan minuman berkafein seperti kopi. Banyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula.
  • Jika masalah morning sickness berlarutan sehingga mengganggu anda sepanjang hari, ia boleh menyebabkan hyperemesis gravidarum yang mengganggu kandungan mineral dan kesihatan cecair ketuban.
  • Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tekanan darah rendah. Kedua-dua kesan ini memberi risiko kepada bayi.

5. Water retention
  • Berlaku apabila jumlah kandungan air meningkat pada tisu tubuh. Kawasan paling kerap menerima kesan ini adalah pada kaki, muka dan tangan. Sebaiknya jangan pakai cincin ketika hamil, sebelum jari anda membesar akibat air berlebihan.
  • Keadaan ini berlaku apabila anda terlalu lama berdiri, cuaca terlalu panas atau tekanan darah tinggi. Hormon mengandung yang terbentuk menyebabkan buah pinggang ibu menghasilkan lebih banyak sodium yang akirnya menyebabkan badan ibu dipenuhi dengan air.
  • Jangan berdiri terlalu lama dan kerap meletakkan kaki di tempat lebih tinggi. Jangan makan makanan yang banyak menggunakan garam.
  • Dalam keadaan tertentu, masalah ini boleh menyebabkan bayi anda mengalamai pre-eclampsia.

Suppliment yang dicadangkan ketika hamil...





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk maklumat lanjut, hubungi saya nabilla... H/P no: 012 986 4913 ID Shaklee: 1073610 Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe

No comments:

Post a Comment