love

title bar

Sunday, May 11

Tips atasi morning sickness



Tips-Tips Morning Sickness..


Mabuk kehamilan, atau lebih dikenali sebagai Morning Sickness merupakan simptom-simptom ataupun alahan wajib di awal kehamilan. Morning Sickness ini biasanya akan berkurangan di penghujung Trimester 1, dan akan hilang sepenuhnya di Trimester 2. Namun, tidak dinafikan bahawa ada di antara ibu-ibu yang mengalaminya sepanjang hamil 9 bulan!!!

Ada pelbagai cara untuk mengatasi masalah mabuk ini. Namun, tidak semua cara ini sesuai dengan ibu-ibu. Anda perlu bereksperimentasi dengan cara mana yang sesuai untuk anda, dan apakah makanan yang perlu dielakkan. Adakalanya juga, simptom morning sickness ini adalah berlainan bagi setiap anak...


Serba sedikit tips untuk mengatasi Morning Sickness:

  • Elakkan tempat panas kerana haba akan meningkatkan rasa mabuk.
  • Tidur sebentar di waktu siang (tetapi bukan sejurus selepas makan). Kepenatan menyumbang peratusan yang tinggi terhadap morning sickness.
  • Dapatkan tidur yang cukup di waktu malam.
  • Bangun tidur dengan perlahan-lahan di waktu pagi. Jangan terus bangun melompat sebab rushing nak mandi atau buat kerja-kerja rumah.
  • Buka tingkap seluasnya/ pasangkan kipas dapur selepas selesai memasak.
  • Masak menggunakan microwave biasanya hasilkan bau yang kurang.
  • Halia sangat bagus untuk mengurangkan rasa mual (nausea). Boleh didapati dalam bentuk kapsul 250mg, ataupun dalam bentuk gula-gula keras.
  • Mungkin nampak silly, tapi anda boleh bawa saputangan yang telah dititikkan dengan minyak yang 'menggembirakan' hidung anda seperti Minyak Cap Kapak, agar anda boleh bernafas melalui saputangan tersebut apabila ada bau yang kurang menyenangkan anda.
  • Cuba makan biskut kosong atau bijirin sebelum bangun dari katil di waktu pagi.
  • Elakkan makanan berminyak & pedas kerana ia akan menyebabkan mual dan pedih ulu hati.
  • Makan apa yang anda nak makan, dan apabila anda mahu makan. Tak perlu paksa diri untuk habiskan makanan jika anda sudah rasa kenyang walaupun selepas 3 suapan!
  • Makan snek protin dengan kerap!
  • Makan small meals setiap 2 jam (lebih kurang).
  • Makan sesuatu yang bergaram sebelum mula makan akan bantu anda menghabiskan makanan tersebut dengan lebih tenang.
  • Jangan makan bersulam dengan air.
  • Teh yang tidak berkafein seperti Peppermint dan Halia akan menenangkan rasa mual.
  • Minum air sedikit demi sedikit sepanjang hari untuk elakkan dehidrasi.
  • Cuba jangan skip makan!
  • Cuba makan prenatal vitamin di waktu malam atau sebelum tidur malam agar dapat diserap sepenuhnya sepanjang malam.
  • Minum air sejuk/ dingin turut bantu kurangkan rasa mual.
Jika anda mengamalkan Vitamin B-Complex Shaklee, anda bertuah kerana B Compleks Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah B6 taw...






** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk maklumat lanjut, hubungi saya nabilla... H/P no: 012 986 4913 ID Shaklee: 1073610 Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe

No comments:

Post a Comment