love

title bar

Monday, December 1

Anak Anda Degil...??????



Cara Mendidik Anak yang Degil...

 

 



Assalamualaikum...

Pesan Nabi saw: Anak-anak yang nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana... Jadi tukar paradigma kita mengenai anak kita.Kata-kata ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL... Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yangg di sangkakan @ fikirkan oleh hambaNya...

 

Di antara perkara yang kita boleh lakukan untuk bantu anak-anak menjadi insan yang soleh:

  1. Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang soleh... Doa itu senjata terpenting orang yang beriman & Allah angkat hijab daripada doa ibubapa...

2. Didik anak tentang solat & ibadah yang  sejak kecil... Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yang tidak solat di umur 10 tahun... Ramai ibubapa yang rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yang merotan anak kerana tidak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah-sunnah harian... makan & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll... Pesan kepada anak lelaki untuk elak kencing berdiri... Pesan kepada anak utk ISTIBRA' selepas kencing... Lelaki dengan berdehem 3 kali & perempuan dengan urut dari pusat ke bwh..
.
4. Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu malam... Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar... Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan... Jadi anak boleh belajar dengan berkesan & fokus ketika... Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih sepertt ayam & ikan... Daging merah buat anak irritable & agresif... Pastikan mereka makan buah-buahan sebelum makan nasi agar badan dapat serap Vit C yang ada didalam buah-buahan & lancarkan penghadaman... Vit C membantu tenangkan fikiran di samping itu juga menjaga kulit... Makan buah selepas makan nasi adalah amalan yang sia-sia kerana badan tidak dapat menyerap nutrien dalam buah-buahan & mengganggu proses penghadaman...

5. Banyakkan memeluk & memuji anak-anak... Anak yang sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal untuk menarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji... Ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar...

7. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi...

8. Cari peluang berjumpa guru-guru anak di sekolah tempat dia belajar... Minta nasihat & bimbingan tentang cara nak bantu anak belajar di rumah...

9. Bacakan di kepala anak...Al - Fatihah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, rajin ke sekolah & pintar... Bacakan waktu malam semasa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sekolah atau bila-bila masa yang sempat...

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren... Mengikut kajian, warna merah dan oren akan merangsang anak jadi agresif dan hyperaktif...

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi...

12. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan... Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal...

13. Kenali kawan-kawan anak & ziarah ke rumah mereka untuk berkenalan dgn ibubapa kawan-kawan anak...

14. Doakan guru-guru, kawan-kawan anak & jiran kita agar cemerlang & soleh... InsyaAllah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita mendapat apa yang kita doakan untuk orang lain...

15. Anak yang tidak ingat apa yang ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha...

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong ) dalam rumahtangga. ..Kata2 ibubapa merupakan doa..

17. Padam semua kata-kata negatif yang pernah di sebut kepada anak-anak dengan memohon maaf & memuji anak dengan jelas... 

Contohnya: Abah minta maaf kerana kata kamu bodoh... Sebenarnya anak abah ni pandai...buat homework sebelum abah suruh, solat sebelum ibu berleter, layan adik dengan baik... Mengikut kajian psikologi: Satu pujian yang jelas akan memadam 300 kutukan yang lalu....


18. Untuk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem depan anak sebelum menasihati anak yang agak "degil". In sya Allah mereka akan mudah dengar nasihat...
 
19. Ibubapa jangan mengharap anak-anak berubah, sebelum itu ibu bapa berubah lah dulu...
 
20. Setelah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.

12 comments:

Ila Fyra said...

Tips yang sangat bagus. Ila pun banyak amalkan. Satu lagi kalau boleh jangan sesekali anggap anak degil sebab itu pun seperti satu doa. Mungkin kita boleh guna perkataan lain seperti cergas atau aktif hihi..

Pengedar Shaklee Semenyih Anda

Nik Azimah Awg Hamat said...

Tips yg bagus utk ibubapa. ..

manfaat vitamin c

sicomel ayatulhusna said...

tips yang sangat baik untuk diamalkan oleh ibu bapa masa kini...mendidik anak memang satu cabaran apatah lagi anak yang nakal...kadang kala perangai anak buat kita geli hati...kan

kembalikan kesihatan mata dengan carotomax shaklee

Nursimatun said...

Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga dapat memberi manfaat untuk ibu bapa di luar sana... aminnn...

Kerana Alfalfa Complex Shaklee.....Suamiku Kini BERUBAH!!

leekamalia.blogspot.com said...

Thanks... Tips yg bagus dan bermanfaat untuk ibu bapa

nurulhuda sobari said...

Alhamdulillah jumpa lagi tips yg dapat memberi kebaikan dan manfaat untuk kepentingan bersama

JommSihatDanCantik -> SET KESUBURAN SHAKLEE

nila anggraini said...

Tips sangat bermanfaat...terima kasih nabila. Memang sesuai sunah Rasullah kita ajarkan pada anak-anak agar mereka menjadi anak-anak yang terbaik ..sholeh dan boleh membanggakan kedua orang tua di dunia dan akhirat.

Promosi Disember Sangat Menggoda Yang Tak Pernah terjadi sebelum ini

Niny fariza said...

Terima kasih info nabila..

Kulit Kering dan Menggelupas

Syaidatul Nadia said...

Saya ada terbaca sorg bapa mithali ni,dia xpernah tinggal sedekahkan Al-Fatihah utk anak2nya. alhamdulillah,semua anaknya menjadi org berguna.

Akak Vitamin said...

Satu lagi yang utama, jangan panggil anak degil. Panggil mereka anak soleh, anak hebat. Kata-kata ibu kan doa :)

ummu hanan said...

Bagus tip ni..InsyaAllah akan saya amalkan juga supaya minda dan tingkah laku anak semuanya baik2 dan positif saja..

Jemput singgah >> Double Promotion Disember Vita C dan Vita E untuk Kulit Cun

asma el Kareem said...

Kena bersabar..setuju dengan pendapat akak vitamin.. Doa ibu tu mustajab jangan sampai terdetik dalam hati kata yang tak elok untuk anak

Apa Yang Perlu Tahu Pada Pencuci Muka Ketika Mencuci Muka

Post a Comment