love

title bar

Friday, December 19

Resepi Puding Karamel Gula Hangus



Resepi Puding Karamel Gula Hangus


Assalamualaikum...Hari ini nabila nak share resepi puding karamel..





Bahan - bahan yang diperlukan...

400ml susu cair ( nak guna susu segar pun boleh )
5 sudu besar gula halus
3 biji telur
2 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila


Bahan - bahan untuk karamel ( gula hangus )

5 sudu besar gula pasir kasar
2 sudu besar air

okey...first kita buat karamel dulu...karamel ni ialah gula hangus...
Masukkan 5 sudu besar gula bersama 2 sudu besar air ke dalam periuk...

Masak gula guna api kecil atau sederhana..kena sentiasa pantau taw..
tunggu sampai warna gula berubah menjadi keperangan...jangan sampai hangus taw...

Selepas itu , terus transfer dan ratakan sama rata di permukaan acuan...

Di dalam bekas lain...masukkan kesemua gula dan gula hangus..kacau menggunakan
whisker...kacau secara perlahan sehingga gula dan telur dah sebati...

Selepas itu , masukkan susu cair dalam periuk dan campurkan esen vanila...masak guna api sederhana...masak sekejap sahaja taw...then tuang bancuhan susu tadi ke dalam adunan telur...tuang sikit-sikit sambil kacau bancuhan...

Tuang bancuhan tadi ke dalam acuan karamel / gula hangus...
Seterusnya kukus selama 30 minit...








** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

6 comments:

nila anggraini said...

Puding caramel memang menyelerakan....terima kasih sudi kongsi resepi nabila.

Syira Masyiramaro said...

Kalo letak gambar karamel lg best nabila..bole terliur nnti

Kamalia leekamalia.blogspot.com said...

Menarik juga nak buat sendiri puding karamel ni. Thanks nabilla

Akak Vitamin said...

Dah lama tak buat puding caramel.. sedapnyaa :)

Ila Fyra said...

Memang suka makan caramel tapi tak pernah cuba buat lagi.
Bolehlah try lepas ni.

Niny fariza said...

puding ni senang nak buat..tapi saya tak gemar sangt puding ni..

3 Langkah Untuk Kurus

Post a Comment