Perarakan Bot Berhias, Perasmian Mercu Tanda Bandar Kuantan Dan Persembahan Bunga Api
Sempena dengan memuliakan sambutan 40 tahun pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, perarakan berhias dan persembahan bunga api akan diadakan pada hari ini 6 Disember 2014, jam 8.00 malam bertempat di Taman Esplanade Kuantan.... Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. ..
Acara ini akan bermula selepas keberangkatan tiba Sultan Pahang pada 8.30 malam yang akan turut dihadiri Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob...
"Bagi pembukaan acara, Sultan Pahang akan merasmikan mercu tanda Bandar Kuantan diikuti perasmian bot berhias dan acara kemuncak pertunjukan bunga api kira-kira 30 minit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat program berkenaan di sini, pada Selasa...
Selain itu katanya, acara akan turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan...
Katanya, Mercu Tanda Bandar Kuantan yang dinamakan sebagai "Junjung Duli" itu telah dibina dengan menggunakan bahan keluli tahan karat yang direka bentuk menjadi gading yang unik...
Katanya, pelaksanaan projek itu diterajui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang mula dibina Jun lepas membabitkan perbelanjaan RM500,000...
Bagi perarakan bot berhias beliau berkata, sebanyak 31 penyertaan bot berhias telah diterima dan akan dipamerkan selama sehari selepas malam pertunjukan itu di sepanjang Sungai Kuantan di hadapan Taman Esplanade...
Sementara itu, katanya, beberapa jalan utama akan ditutup mulai 7 malam, sehingga acara berakhir bagi melancarkan program...
Katanya, jalan yang ditutup termasuk Jambatan Tanjung Lumpur (dari arah Tg Lumpur menghala ke Bandar Kuantan) dan Jalan Besar (bermula dari lampu isyarat Esplanade hingga lampu isyarat Tanah Putih)...
Nabila akan berada di Taman Esplanade Kuantan malam nie...sesiapa yang berminat dengan produk shaklee boleh berjumpa dengan nabila di sana...
Col / Sms / Wssup 0129864913
10 comments:
Wah, menariknya.. Tapi saya x balik ke pahang minggu ni...
Kalo dekat mmg dah p...
GABUNGAN MANTAP UNTUK KULIT SIHAT DAN CANTIK
Mesti seronok kan...
performance drink minuman bertenaga dari shaklee
Dah lama x jejak ke Kuantan sejak pindah dr sana...
Kawan saya pun pegi tgok program ni jugak..
Hamil dan Berpantang
Tak pernah lagi jejakkan kaki ke sana. Teringin sangat nak tengok sungai pahang..hehe.macam lawakkan? ^__^
JommSihatDanCantik -> CARA TERBAIK NAK BELI VITAMIN C
Seronok nya.
anda penghidap Resdung/sinus?
Menariknya perarakan ni. Kalau dekat, mesti datang...
Pengedar Shaklee Semenyih
ada ipar kat Kuantan..dulu pernah gak join tengok event kat sungai tu, tapi tak ingat event apa masa tu ehehe
Best nye..waktu kecil dulu ada kesempatan ayah bawa
Blog Giveaway Contest
Post a Comment