love

title bar

Friday, December 5

Gurauan Syafiqa Toreh Muka Jadi Kenyataan ..!!!



Kes Samun Gadis Parah Di Toreh Muka dengan Pisau




PASIR PUTEH: Seorang gadis parah di bahagian muka akibat ditoreh dengan pisau oleh penyamun di rumahnya di Sentosa, Wakaf berangan Sri Aman Pasir Puteh, Kelantan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 petang itu, mangsa telah ditumbuk dan ditoreh dengan pisau di bahagian muka akibat cuba melawan salah seorang suspek.

Siasatan awal pihak polis mendapati, dua suspek telah memecah masuk ke dalam rumah dengan memakai topi keledar untuk mengelakan dicam oleh mangsa.

Salah seorang suspek menendang pintu bilik air ketika mangsa, Nur Shafiqa sedang mandi. Mangsa ditarik ke ruang tamu dan mendapati ibunya, Hat Tema, terbaring di ruang dapur rumah.

Nur Shafiqa, diminta oleh salah seorang suspek mencabut cincin yang dipakai oleh ibunya.

Mangsa kemudiannya dibawa masuk ke dalam salah sebuah bilik oleh. Suspek sempat mengambil iPhone 5S milik mangsa. Kemudian suspek membuka seluar dan cuba merogol mangsa namun tidak jadi kerana rakannya yang bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.

Bagaimanapun, suspek masuk semula ke dalam bilik dan menumbuk dan menoreh muka mangsa dengan pisau kerana cuba melawan.

Suspek kemudiannya keluar dari bilik dan mangsa dengan segera mengunci pintu bilik serta menjerit dari tingkap meminta bantuan jiran-jiran terdekat.

Dua orang suspek terkejut mendengar jeritan mangsa segera melarikan diri.

Adik mangsa, Nur Shafatini, yang turut berada dalam rumah ketika kejadian berada dalam keadaan takut dan bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik. Bagaimanapun, dia sempat menghubungi polis dan pihak ambulan untuk meminta bantuan. 









Ibu mangsa, mengalami kecederaan di bawah mata sebelah kanan dan luka ditoreh di sebelah pipi kiri kerana cuba melawan. Manakala, Nur Shafiqa cedera di bahagian dahi dan pipi.

Barang-barang yang disahkan hilang adalah cincin emas, seutas gelang tangan, dan iPhone 5S.

Nuf Shafiqa dan ibunya telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan sebelum dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut. 





Menurut mangsa, kedua-dua suspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantan namun wajah suspek tidak dapat dicam kerana memakai topi keledar dengan visor gelap.

Qada' dan Qadar Allah mengatasi segalanya dan begitu juga dengan apa yang berlaku kepada ke atas adik Nur Shafiqa Lah,22 tahun.

Beberapa tahun yang lalu, Nur Shafiqa pernah belajar di Pusat Giat Mara dan beliau telah mengikuti kelas solekan.Sehinggalah satu ketika, beliau teringin mencuba solekan ngeri yang menyerupai muka berparut selepas dikelar dengan objek tajam di bahagian muka dan dia sempat merakam gambar solekan ngeri itu di laman Instagramnya...


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

13 comments:

peminatvitamin said...

macam-macam sekarang ni.....ngeri nya..

PERLUKAH MENGAMBIL VITAMIN C SHAKLEE?

Nila Anggraini said...

Takutnya..berhati-hati lah dengan sesiapa sahaja. Kemalangan boleh berlaky kapan sahaja dan dimana sahaja.

Beberapa Hal Yang Sering Terlupa Apabila Hendak Melancong

bysyiraishak said...

Ada hikmah tersembunyi..

Ida Rusyeela said...

Allah kesiannya tgk..tapi Allah takkan uji kita lbh dr kemampuan kita.

Jemput baca: Mengidam Semasa Hamil Kesian Kalau Tak Penuhi

Unknown said...

Hmm..macam2 la dunia sekarang nie. Apa2 pun kena selalu beringat..

JommSihatDanCantik -> VITAMIN C DAN BIOFLAVONOIDS

leekamalia.blogspot.com said...

berat betul dugaan...semoga Allah memberi ganti yang lebih baik

noor asiah said...

Jenayah ada di mana sahaja..berhati-hati. Semakin ramai yang tiada perikemanusiaan sekarang

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Moga mereka tabah dengan ujian ini.
Pengedar Shaklee Semenyih 

Unknown said...

Cantik orangnya...anugerah Ilahi...semoga cepat sembuh ya...

set kurus ibu menyusu terbaik dari shaklee

Unknown said...

Semoga kleurga mangsa bersabar..

Masalah Kesuburan

Nursimatun said...

Semoga eqa cepat sembuh.. kesian dia kan..

Unknown said...

Masyallah ngeri yer dgn jenayah skrg.jenayah ada di mana2 shj.kaum perlu lebih berhati2 pastikan jgn keluar rumah besendirian.semoga eqa cepat sembuh.

Nashgal said...

Minta dijauhkan daripada perkara yang mengaibkan
Pudarkan Pigmentasi untuk Tampil lebih yakin

Post a Comment