love

title bar

Sunday, December 14

Tarian Zumba Dapat Menurunkan Berat Badan



 TARIAN ZUMBA ( Bersenam Sambil Menari )



Rutin senaman yang sama setiap hari adakalanya membuatkan seseorang cepat bosan dan tiada dorongan untuk melakukan latihan fizikal...
 
Justeru, tidak ada salahnya jika sesekali menukar gerakan senaman untuk menjadikannya lebih menarik...Terbaru anda mungkin boleh mencuba senaman Zumba yang kini semakin digemari dan diminati ramai...
 
Senaman yang lebih membawa gerakan tarian ini diperkenalkan oleh pengasasnya, Beto Perez, seorang jurulatih senaman terkenal dari Colombia..Perkataan Zumba berasal dari Sepanyol yang membawa maksud tarian parti dengan gabungan pelbagai rentak muzik...
Jurulatih kecergasan di Celebrity Fitness, Alex Phang, 26, berkata, Zumba merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana pergerakannya berasaskan tarian dan menggunakan muzik yang membuatkan rasa teruja semasa melakukannya...

“Senaman Zumba memberi kepuasan dan keselesaan kepada para peserta kerana pelbagai rentak dan lagu yang dimainkan semasa senaman dilakukan,” katanya...
Beliau berkata, senaman itu merupakan salah satu cara yang baik untuk meningkat kecergasan...
Tambahnya, ia berbeza dengan senaman lain kerana menggabungkan konsep tarian dan senaman...

“Menariknya peserta tidak perlu menghafal setiap langkah senaman sebaliknya hanya perlu mengikut rentak muzik yang dimainkan,” katanya...
Beliau mula melibatkan diri dalam senaman Zumba pada tahun 2007 dengan mengikuti kursus sebagai tenaga pengajar di Zumba Education Specialist di Banglore, India...

Seorang lagi jurulatih kecergasan Zumba, Sunny Cheong, 33, mengakui senaman tersebut berbeza dengan senaman-senaman lain...Malah, semasa melakukannya ia tidak membuatkan diri pengamalnya sedang melakukan senaman tersebut, walaupun hakikatnya satu senaman menyeluruh telah dilakukan...
 
“Senaman ini sungguh seronok dengan gerakan-gerakan yang begitu dinamik... Di samping membantu meningkatkan stamina, ia juga berupaya menguatkan otot,” ujarnya yang merupakan tenaga pengajar sepenuh masa di Celebrity Fitness sejak tujuh tahun lalu...

Tambahnya, kelas senaman tarian Zumba secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan menariknya ia dilakukan secara berkumpulan...
Jadi terdapat banyak ruang untuk berinteraksi, mengeratkan hubungan dan saling memberi motivasi antara satu sama lain...

Seorang penggemar senaman Zumba, Jamalia Zainal, mengakui meminati senaman tersebut selepas mempelajarinya daripada seorang rakan...
“Saya terus jatuh cinta pada senaman ini kerana gerakan-gerakannya yang menarik, mudah dan menyeronokkan...
“Ketika melakukannya kita seolah-olah bukan bersenam sebaliknya menari mengikut rentak muzik yang menghiburkan,” katanya yang meminati tarian tradisional seperti joget dan zapin...


Sambil berzumba amalkan supplimen set kurus shaklee..Insaallah berat badan yang diimpikan oleh anda akan tercapai....


Yang duduk di area sungai isap @ permatang badak jommm berzumba di Kuantan Energy Fitness Gym...



Kuantan Energy Fitness Gym terletak di sungai isap jaya...JOmmmmmmm berzumba... :D


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

10 comments:

Nila Anggraini said...

Menarik juga senaman zumba nie....boleh buatkan badan sihat dan ceria sepanjang hari.

Lepas 7 Tahun Muka Berjerawat Teruk Inilah Kesudahannya

Kamalia Auderina Lee said...

baru tahu sejarah asal usul dan kelebihan zumba..mmg viral skrg ni

Unknown said...

Memang menarik dan seronok

Unknown said...

Tu lah..sekarang zumba dh viral

Unknown said...

Memang seronok zumba ni.Zoe zumba sorg2 je kat rumah.hihi kadang-kadang anak pun ikut.bukan ikut zumba tapi tarik kaki.hahaa

Unknown said...

Tak pernah tengok pun tarian zumba ni...ni mesti seronok kan.

memperbanyakkan susu badan dengan doa dan pengambilan supplement yang betul

Unknown said...

Zumba...ada kawan kat office join aktiviti ni..macam best jer tapi memnag tak berkesempatan tuk ini..

Masalah Kesuburan

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Jom Berzumba. Memang best bila dapat keluarkan peluh. Badan rasa lebih ringan dan segar.
Kisah Liat Bayar Hutang

Unknown said...

seronok tgk diorang berzumba..

JommSihatDanCantik -> LUAHAN HATI SEORANG BAYI

Unknown said...

jom berzumba.. siapa2 nak kurus dan kekal sihat bolehla try tarian zumba ni.. pasti best!!

MAKANAN TERBAIK UNTUK PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK

Post a Comment