love

title bar

Wednesday, December 3

Tips Merawat Anak / Bayi Yang Kerap Menangis



Tips Merawat Anak / Bayi Yang Kerap Menangis (Sawan Tangis) Malam Menurut Perubatan Islam

 

 

Assalamualaikum...Hari ini nabila nak share tips kepada ibu bapa, bagaimana untuk menyelesaikan masalah kalau anak / bayi kerap menangis pada waktu malam...
Biasanya, anak / bayi akan menangis malam kerana 2 perkara :


1. Kembung perut
2. Gangguan makhluk halus



  • Kembung Perut

Biasanya berlaku ke atas anak lelaki, kerana kadang kadang dia kena hernia, iaitu angin pasang...

Symptomnya ialah perut keras, pusat membonjol, kadang-kadang mata tengok ke atas...

Cara Rawatan.....

1 – Siapkan satu kain, letakkan halba campur dan lada hitam di dalamnya dan punjutkan ia (ikat keempat-empat bucu kain ke atas (seperti bungkusan barang orang zaman Hang Tuah mengembara)

2 – Layurkan dekat api (janganlah terlalu hampir sampai terbakar kainnya)

3 - Tuam (ataupun demah) di kawasan kemaluannya, perutnya, belakangnya, betisnya


InysaAllah, selepas itu bayi tersebut akan muntah-muntah atau sendawa-sendawa sehingga hilang kembung perutnya... Buat sehingga perutnya akan kembali lembut...


Antara petua untuk mengelakkan anak kembung perut ialah ibu yang menyusukannya mesti menjaga makan, kerana anak yang disusuinya akan ada kaitan dengan keadah pemakanan  ibu... Elakkan makan pucuk ubi... Sebaik-baiknya ibu tersebut berpantang... Antara kelebihan pantang yang lain adalah untuk mengelakkan perut berlipat-lipat (menggelebeh)... Makanlah JAMU (JAMU sebenarnya adalah singkatan kepada JAgalah diriMU).



  • Gangguan Makhluk Halus

Biasanya disebabkan oleh gangguan syaitan atau iblis, ibunya iaitu Ummu Sibyan, iaitu namanya Umma Mildam...

Symptomnya ialah di tempat pertemuan kening mata, ada urat yang berwarna biru atau kehijauan timbul, mata terbeliak ke atas...

Cara Rawatan.....


1 – Ambil segelas air masak


2 – Bacakan pada air tersebut surah Al fatihah, ayat qursi (sebaik-baiknya dibaca 9 wakaf), surah Al-ikhlas (7x), surah Al-falaq (7x), surah An-nas (7x)


3 – tiup ke dalam air tersebut


4 – Pada waktu maghrib, ambil anak yang selalu menangis malam itu, bawa ke depan pintu utama rumah


5 – Lunjurkan kaki dia ke arah luar rumah (melalui pintu utama tersebut), kita mesti duduk di bahagian kepala dia


6 – Ambil air yang telah dibacakan tadi, masukkan ke dalam mulut kita (bukan minum)


7 – Ketika anak tersebut sedang melalak, semburkan secara mengejut air tersebut (melalui mulut kita) ke kanan, kemudian ke kiri, kemudian yang terakhir sekali ke tengah... Iaitu kesemuanya ke seluruh badan iaitu dari kepala sehingga ke kaki... Pastikan kena di bahagian pertemuan kening tersebut, sembur paling kuat di situ...


8 – Ulang langkah 1 -8 selama 3 hari berturut-turut (menurut ustaz, insyaAllah 1 hari pun biasanya sudah berjaya, tapi untuk memastikan keberkesanannya)


9 - Lebihan air ini, bagi anak itu minum dan sapu pada ubun-ubunnya... Paling baik sekali jika dimandikan anak itu dengan air tersebut...


10 – Untuk memandikannya, sebaik-baiknya dicampur dengan limau purut, kalau tiada limau purut gantikan dengan daun bidara, kalau masih tiada daun bidara, gantikan dengan limau nipis (tetapi kurang elok auranya)




Antara petua yang lain yang boleh dibuat ialah : -

 
  • Buka seluas-luasnya semua tingkap dan pintu rumah...
  • Bapa kepada budak/pesakit tersebut perlu azan (dengan sebutan yang betul)... 
  • Lakukannya setiap hari kerana di dalam rumah ada gangguan makhluk halus...


Ini adalah sekadar usaha kita sebagai manusia biasa... Berjaya atau tidak usaha kita segalanya terpulang kepada Allah...




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

16 comments:

bysyiraishak said...

Pemakanan ibu mmg kena jaga..kalau anak kembung,ibu kena pastikan apa yg dia makan.kalo itu puncanya,mmg kena elak.try and error

Nila Anggraini said...

Jika baby selalu menangis..memang sangat merisaukan kita para ibu. Apabila kita menyusu badan...baik kita jaga pemakanan kita kerana kemungkinan makanan yg kita makan akan ada pengaruh kepada bayi seperti kembung.

Adakah anda cukup mengambil vitamin E

Unknown said...

Anak say no 3 mmg nangis kuat masa baby..malam jer nangis..risau sangt...bila dah besar sikit ok dah..

Hamil dan Berpantang

leekamalia.blogspot.com said...

anak sulung saya dulu masa baby kuat menangis, mungkin faktor dia lahir pramatang

noor asiah said...

Baru je malam tadi si kecik saya menangis kuat. Menangis tak buka mata. Memang kalau jadi gini, suami ambik, selawat dan zikir. Alhamdulillah tak melarat

Nursimatun said...

Alhamdulillah.. perkongsian menarik utk ibu bapa... boleh di jadikan panduan utk mereka di luar sana...

Akak Vitamin said...

Betul. Saya dulu habis je pantang 40 hari terus bedak minum ais. Anak asyik kembung.. sian.. terus stop.

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Info yang sangat bagus. Biasanya masalah kembung yang kerap mengganggu bayi.
Pengedar Shaklee Semenyih 

Unknown said...

Thanks for the info dear..

JommSihatDanCantik -> SET PENJAGAAN WAJAH BEBAS BAHAN KIMIA

peminatvitamin said...

perkongsian yang menarik untuk semua terutama yang ada anak kecil

KUATKAN ANTIBODI SECARA SEMULAJADI

Unknown said...

jika bayi asyik meragam pasti akan membimbangkan hati ibu bapa, jika ibu menyusu harus kawal pemakanan dimana jika makan makanan seperti berangin, bayi yang akan mendapat kesan seperti kembung perut. Ibu harus beware ye

resipi ayam kebab eggmaster yang sangat menyelerakan

http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/12/cara-ke-branch-baru-hq-shaklee-sunway.html

Unknown said...

risau kan bila bayi menangis tak henti

CARA BERHENTI MEROKOK

Unknown said...

Cukup risau bila anak kerap nangis tanpa ketahui puncannya..

Unknown said...

Teringat masa anak no 2 dulu...masuk je waktu magrib nangis boleh dikatakan setiap hari...naik seram pulak...

promosi gempak akhir tahun bulan disember 2014

Nashgal said...

Terima kasih atas tips yang dikongsikan.. Sangat bermanfaat ni..selalu telefon mak je
Bangkit Berniaga

OilersJourney said...

Terima Kasih for the info. Promosi Akhir Tahun Sr Vitamin C dan Vitamin E Plus

Post a Comment