love

title bar

Showing posts with label Khasiat Timun Untuk Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Khasiat Timun Untuk Kesihatan. Show all posts

Monday, December 8

Khasiat Timun Untuk Kesihatan



 Khasiat Timun Untuk Kesihatan 

 



Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu... 
Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan...
 
Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C...

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan... Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari... Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang...



Antara Khasiat -Khasiat Timun.....


  • Timun berfungsi untuk menghidrat tubuh


Tau tak bahawa timun sejuk mengandungi 90% kandungan air ! So kalau tak sempat nak minum air, just makan timun yang sejuk...Timun sangat mudah untuk imbangi kandungan air dalam tubuh kita.

  • Melawan suhu panas


Legakan pedih hulu hati dengan memakan timun... Tak pun makan untuk legakan tubuh badan semasa demam panas... Kalau kulit pedih-pedih kena cahaya matahari, korang try la kisar timun dan sejukkan, lepas tu  letakkan kan bahagian kulit yang pedih tu... InshaAllah lega nanti.





  • Menyingkirkan toksin

Kandungan air dalam timun ni boleh berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dalam tubuh badan kita ni... Kerap makan timun jugak boleh bantu untuk melarutkan batu karang!!!






  • Menyegarkan mata


Tips yang ni  ramai yang buat kan??? Timun selalu kita gunakan untuk tekap kat mata supaya mata lebih segar dan dapat kurangkan dark circle... Macam klise sangat je tips ni kan, tapi timun memang berkhasiat untuk memastikan mata kita segar....






  • Melawan kanser



Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol...ini adalah sebatian semulajadi dan ada kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu kurangkan risiko kanser... Contohnye kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat...






  • Bertindak sebagai penyegar mulut


Tau tak anda jus timun dapat merawat  penyakit gusi... Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau... 




  • Buah pinggang berada dalam keadaan baik


Timun ni jugak mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh kita sekaligus mampu memastikan buah pinggang sentiasa berada dalam keadaan baik...


Okey...Setakat sini sahajalah nabila nak share mengenai khasiat-khasiat timun...Thanks kepada semua yang sudi baca... :D


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia