love

title bar

Wednesday, December 10

Surah Al-Fatihah Penawar Segala Penyakit


Surah al-Fatihah - Penawar Penyakit




Surah Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.



الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang menguasai di Hari Pembalasan



إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.



اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus,



صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.





---- : ----

Sebelum proses mengurut, terapis akan membacakan surah al-Fatihah sebagai pembukaan untuk memulakan rawatan seterusnya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

  • "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

  • “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”

  • Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan (hadis mursal) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)
Sebaik sahaja membacakan ayat, إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , terapis berdoa memohon Allah menyembuhkan pesakit. Dan seterusnya menghabiskan surah al-Fatihah.



Terdapat hadis lain yang menyatakan fadilat surah al-Fatihah di antaranya ialah:


  • Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.

  • Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin as-Salt at-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w.




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Tuesday, December 9

Herblax Shaklee



Herblax Shaklee Membantu Atasi Sembelit...

 

 

Assalamualaikum... Hari ini nabila nak share tentang Herblax Shaklee...Bagi mereka yang mengalami masalah dalam pembuangan air besar,HERBLAX adalah salah satu produk Shaklee yang dapat membantu anda menangani masalah tersebut...




Herblax Shaklee terdiri daripada 9 jenis herba semulajadi iaitu:


1- senna leaf


2- buckthorn bark


3- licorice root


4- alfalfa leaf


5- fennel seed


6- anise seed


7- rhubard root


8- blue malva flower


9- culvers root




Kebaikan utama Herblax:


  • membersihkan najis yang tersekat/tersimpan lama dalam tubuh
  • meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
  • membantu masalah sembelit
  • mengempiskan perut
  • melawaskan pembuangan air besar

Herblax akan memberi kesan dalam tempoh 8 hingga 12 jam selepas pengambilan...

Bagi anda yang ingin mengekalkan kesihatan badan bolehlah mengambil herblax 2 kali seminggu....Manakala bagi mereka yang ingin menguruskan badan dan mengalami masalah sembelit,amalkan 3 biji herbalax 2 kali sehari setiap hari...In shaa allah berkesan....
Nabila nak share testimoni kawan nabila yang mengambil Herblax Shaklee...





Alhamdulillah...sembelit nya tiada lagi...dengan keizinannya jua segala permasalahan yang berkaitan mampu diatasi.... :D

Anda ada masalah pembuangan air besar jommm dapatkan Herblax Shaklee dengan nabilla vitta shoppe....



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Monday, December 8

Khasiat Timun Untuk Kesihatan



 Khasiat Timun Untuk Kesihatan 

 



Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu... 
Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan...
 
Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C...

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan... Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari... Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang...



Antara Khasiat -Khasiat Timun.....


  • Timun berfungsi untuk menghidrat tubuh


Tau tak bahawa timun sejuk mengandungi 90% kandungan air ! So kalau tak sempat nak minum air, just makan timun yang sejuk...Timun sangat mudah untuk imbangi kandungan air dalam tubuh kita.

  • Melawan suhu panas


Legakan pedih hulu hati dengan memakan timun... Tak pun makan untuk legakan tubuh badan semasa demam panas... Kalau kulit pedih-pedih kena cahaya matahari, korang try la kisar timun dan sejukkan, lepas tu  letakkan kan bahagian kulit yang pedih tu... InshaAllah lega nanti.





  • Menyingkirkan toksin

Kandungan air dalam timun ni boleh berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dalam tubuh badan kita ni... Kerap makan timun jugak boleh bantu untuk melarutkan batu karang!!!






  • Menyegarkan mata


Tips yang ni  ramai yang buat kan??? Timun selalu kita gunakan untuk tekap kat mata supaya mata lebih segar dan dapat kurangkan dark circle... Macam klise sangat je tips ni kan, tapi timun memang berkhasiat untuk memastikan mata kita segar....






  • Melawan kanser



Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol...ini adalah sebatian semulajadi dan ada kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu kurangkan risiko kanser... Contohnye kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat...






  • Bertindak sebagai penyegar mulut


Tau tak anda jus timun dapat merawat  penyakit gusi... Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau... 




  • Buah pinggang berada dalam keadaan baik


Timun ni jugak mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh kita sekaligus mampu memastikan buah pinggang sentiasa berada dalam keadaan baik...


Okey...Setakat sini sahajalah nabila nak share mengenai khasiat-khasiat timun...Thanks kepada semua yang sudi baca... :D


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Sunday, December 7

GARLIC SHAKLEE


KHASIAT GARLIC SHAKLEE....

Garlic Shaklee



Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik  semulajadi yang dapat membunuh bakteria... Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan...

Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin... Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil... Ibu yang mempunyai anak yang tidak cukup bulan boleh mengambil bawang putih sebagai makanan tambahan sebagai ikhtiar agar anak mendapat khasiat bawang putih melalui susu ibu...

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema...Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih... Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang boleh  mengalir kepada bayi melalui susu ibu...

Bawang putih yang mengandungi antibakteria ini  juga membantu mengurangkan kolesterol dan lemak jahat.. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak... Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam agar bebas toksin...


Jika anda susah nak makan bawang putih yang mentah, nabila sarankan anda mengambil  Garlic keluaran Shaklee... 
Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat di dalam bawang putih, mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting..


Formulasi Shaklee yang unik menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary...


Bawang putih juga di percayai mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:

  • Kerongkong & Telinga 
  • Perut memulas 
  • Cirit-birit 
  • Bronkitis 
  • Luka-luka (infected wounds) 
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada,sistem air kencing

       


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Saturday, December 6

Perarakan Bot Berhias, Perasmian Mercu Tanda Bandar Kuantan Dan Persembahan Bunga Api



Perarakan Bot Berhias, Perasmian Mercu Tanda Bandar Kuantan Dan Persembahan Bunga Api





Sempena dengan memuliakan sambutan 40 tahun pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, perarakan berhias dan persembahan bunga api akan diadakan pada hari ini 6 Disember 2014, jam 8.00 malam bertempat di Taman Esplanade Kuantan.... Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. ..

Acara ini akan bermula selepas keberangkatan tiba Sultan Pahang pada 8.30 malam yang akan turut dihadiri Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob...

"Bagi pembukaan acara, Sultan Pahang akan merasmikan mercu tanda Bandar Kuantan diikuti perasmian bot berhias dan acara kemuncak pertunjukan bunga api kira-kira 30 minit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat program berkenaan di sini, pada Selasa...

Selain itu katanya, acara akan turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan...

Katanya, Mercu Tanda Bandar Kuantan yang dinamakan sebagai "Junjung Duli" itu telah dibina dengan menggunakan bahan keluli tahan karat yang direka bentuk menjadi gading yang unik...

Katanya, pelaksanaan projek itu diterajui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang mula dibina Jun lepas membabitkan perbelanjaan RM500,000...

Bagi perarakan bot berhias beliau berkata, sebanyak 31 penyertaan bot berhias telah diterima dan akan dipamerkan selama sehari selepas malam pertunjukan itu di sepanjang Sungai Kuantan di hadapan Taman Esplanade...

Sementara itu, katanya, beberapa jalan utama akan ditutup mulai 7 malam, sehingga acara berakhir bagi melancarkan program...

Katanya, jalan yang ditutup termasuk Jambatan Tanjung Lumpur (dari arah Tg Lumpur menghala ke Bandar Kuantan) dan Jalan Besar (bermula dari lampu isyarat Esplanade hingga lampu isyarat Tanah Putih)...



Nabila akan berada di Taman Esplanade Kuantan malam nie...sesiapa yang berminat dengan produk shaklee boleh berjumpa dengan nabila di sana...

Col / Sms / Wssup 0129864913 



Friday, December 5

Gurauan Syafiqa Toreh Muka Jadi Kenyataan ..!!!



Kes Samun Gadis Parah Di Toreh Muka dengan Pisau




PASIR PUTEH: Seorang gadis parah di bahagian muka akibat ditoreh dengan pisau oleh penyamun di rumahnya di Sentosa, Wakaf berangan Sri Aman Pasir Puteh, Kelantan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 petang itu, mangsa telah ditumbuk dan ditoreh dengan pisau di bahagian muka akibat cuba melawan salah seorang suspek.

Siasatan awal pihak polis mendapati, dua suspek telah memecah masuk ke dalam rumah dengan memakai topi keledar untuk mengelakan dicam oleh mangsa.

Salah seorang suspek menendang pintu bilik air ketika mangsa, Nur Shafiqa sedang mandi. Mangsa ditarik ke ruang tamu dan mendapati ibunya, Hat Tema, terbaring di ruang dapur rumah.

Nur Shafiqa, diminta oleh salah seorang suspek mencabut cincin yang dipakai oleh ibunya.

Mangsa kemudiannya dibawa masuk ke dalam salah sebuah bilik oleh. Suspek sempat mengambil iPhone 5S milik mangsa. Kemudian suspek membuka seluar dan cuba merogol mangsa namun tidak jadi kerana rakannya yang bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.

Bagaimanapun, suspek masuk semula ke dalam bilik dan menumbuk dan menoreh muka mangsa dengan pisau kerana cuba melawan.

Suspek kemudiannya keluar dari bilik dan mangsa dengan segera mengunci pintu bilik serta menjerit dari tingkap meminta bantuan jiran-jiran terdekat.

Dua orang suspek terkejut mendengar jeritan mangsa segera melarikan diri.

Adik mangsa, Nur Shafatini, yang turut berada dalam rumah ketika kejadian berada dalam keadaan takut dan bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik. Bagaimanapun, dia sempat menghubungi polis dan pihak ambulan untuk meminta bantuan. 









Ibu mangsa, mengalami kecederaan di bawah mata sebelah kanan dan luka ditoreh di sebelah pipi kiri kerana cuba melawan. Manakala, Nur Shafiqa cedera di bahagian dahi dan pipi.

Barang-barang yang disahkan hilang adalah cincin emas, seutas gelang tangan, dan iPhone 5S.

Nuf Shafiqa dan ibunya telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan sebelum dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut. 





Menurut mangsa, kedua-dua suspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantan namun wajah suspek tidak dapat dicam kerana memakai topi keledar dengan visor gelap.

Qada' dan Qadar Allah mengatasi segalanya dan begitu juga dengan apa yang berlaku kepada ke atas adik Nur Shafiqa Lah,22 tahun.

Beberapa tahun yang lalu, Nur Shafiqa pernah belajar di Pusat Giat Mara dan beliau telah mengikuti kelas solekan.Sehinggalah satu ketika, beliau teringin mencuba solekan ngeri yang menyerupai muka berparut selepas dikelar dengan objek tajam di bahagian muka dan dia sempat merakam gambar solekan ngeri itu di laman Instagramnya...


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Thursday, December 4

Promosi Vitamin C Shaklee Disember 2014


Promosi Sustained Release Vita - C Plus Disember 2014..!!!

 

Assalamualaikum....Salam Sejahtera semua...Sihat...???


Okey....Bulan Disember 2014 promosi Sustained Release Vita - C Plus shaklee terbaik untuk kecantikan, meningkatkan sistem imun, memerangi kanser, mengecutkan jerawat, menegangkan kulit muka dan merawat jangkitan saluran kencing untuk semua orang... 

Bulan Disember 2014 shaklee menawarkan Promosi Beli 2 Sustained Release Vita - C Plus dapat 5% diskaun dan juga Promosi Beli 6 Percuma 1 untuk produk kesihatan dan kecantikan Sustained Release Vita - C Plus... 


Kebaikan  Sustained Release Vita - C Plus....



1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan... Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam... Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.



3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat"... Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok...



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi...




5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik... Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada...



6. Keracunan plumbum

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak... Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak... Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum...



7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal... Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan... Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan...




8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi...



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik... Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa... Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata... 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan...



10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan... Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus... Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik... Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah...



11. Tenaga

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan... Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan...



12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak... Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung... Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C... Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok...




13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada... Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes...



14. Asma

 
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma... Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan...


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit

 

 


  • Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok... Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari...

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang...


  • Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen... Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka... Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya... Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan...


  • Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat... Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C... Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat...




  • Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit... Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit)...

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut...



  • Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah... Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat... Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering... Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit...

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit... Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu...



Kebaikan Vitamin C untuk Rambut






  • Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut... Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang... Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut..

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga... Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh... Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut... Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan... Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas...

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat...


  • Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati... Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut... Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala... Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat... Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral...


  • Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal... Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan...



  • Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari... Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat...



  • Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut... Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki...



  • Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut...






Vitamin C Shaklee.....





Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C....






Apa itu sustained release? 

Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam... Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu...Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari...

Promosi Beli 2 Vitamin E Complex dapat 5% diskaun &  Promosi Beli 6 Percuma 1..

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini... :D



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Wednesday, December 3

Tips Merawat Anak / Bayi Yang Kerap Menangis



Tips Merawat Anak / Bayi Yang Kerap Menangis (Sawan Tangis) Malam Menurut Perubatan Islam

 

 

Assalamualaikum...Hari ini nabila nak share tips kepada ibu bapa, bagaimana untuk menyelesaikan masalah kalau anak / bayi kerap menangis pada waktu malam...
Biasanya, anak / bayi akan menangis malam kerana 2 perkara :


1. Kembung perut
2. Gangguan makhluk halus



  • Kembung Perut

Biasanya berlaku ke atas anak lelaki, kerana kadang kadang dia kena hernia, iaitu angin pasang...

Symptomnya ialah perut keras, pusat membonjol, kadang-kadang mata tengok ke atas...

Cara Rawatan.....

1 – Siapkan satu kain, letakkan halba campur dan lada hitam di dalamnya dan punjutkan ia (ikat keempat-empat bucu kain ke atas (seperti bungkusan barang orang zaman Hang Tuah mengembara)

2 – Layurkan dekat api (janganlah terlalu hampir sampai terbakar kainnya)

3 - Tuam (ataupun demah) di kawasan kemaluannya, perutnya, belakangnya, betisnya


InysaAllah, selepas itu bayi tersebut akan muntah-muntah atau sendawa-sendawa sehingga hilang kembung perutnya... Buat sehingga perutnya akan kembali lembut...


Antara petua untuk mengelakkan anak kembung perut ialah ibu yang menyusukannya mesti menjaga makan, kerana anak yang disusuinya akan ada kaitan dengan keadah pemakanan  ibu... Elakkan makan pucuk ubi... Sebaik-baiknya ibu tersebut berpantang... Antara kelebihan pantang yang lain adalah untuk mengelakkan perut berlipat-lipat (menggelebeh)... Makanlah JAMU (JAMU sebenarnya adalah singkatan kepada JAgalah diriMU).



  • Gangguan Makhluk Halus

Biasanya disebabkan oleh gangguan syaitan atau iblis, ibunya iaitu Ummu Sibyan, iaitu namanya Umma Mildam...

Symptomnya ialah di tempat pertemuan kening mata, ada urat yang berwarna biru atau kehijauan timbul, mata terbeliak ke atas...

Cara Rawatan.....


1 – Ambil segelas air masak


2 – Bacakan pada air tersebut surah Al fatihah, ayat qursi (sebaik-baiknya dibaca 9 wakaf), surah Al-ikhlas (7x), surah Al-falaq (7x), surah An-nas (7x)


3 – tiup ke dalam air tersebut


4 – Pada waktu maghrib, ambil anak yang selalu menangis malam itu, bawa ke depan pintu utama rumah


5 – Lunjurkan kaki dia ke arah luar rumah (melalui pintu utama tersebut), kita mesti duduk di bahagian kepala dia


6 – Ambil air yang telah dibacakan tadi, masukkan ke dalam mulut kita (bukan minum)


7 – Ketika anak tersebut sedang melalak, semburkan secara mengejut air tersebut (melalui mulut kita) ke kanan, kemudian ke kiri, kemudian yang terakhir sekali ke tengah... Iaitu kesemuanya ke seluruh badan iaitu dari kepala sehingga ke kaki... Pastikan kena di bahagian pertemuan kening tersebut, sembur paling kuat di situ...


8 – Ulang langkah 1 -8 selama 3 hari berturut-turut (menurut ustaz, insyaAllah 1 hari pun biasanya sudah berjaya, tapi untuk memastikan keberkesanannya)


9 - Lebihan air ini, bagi anak itu minum dan sapu pada ubun-ubunnya... Paling baik sekali jika dimandikan anak itu dengan air tersebut...


10 – Untuk memandikannya, sebaik-baiknya dicampur dengan limau purut, kalau tiada limau purut gantikan dengan daun bidara, kalau masih tiada daun bidara, gantikan dengan limau nipis (tetapi kurang elok auranya)




Antara petua yang lain yang boleh dibuat ialah : -

 
  • Buka seluas-luasnya semua tingkap dan pintu rumah...
  • Bapa kepada budak/pesakit tersebut perlu azan (dengan sebutan yang betul)... 
  • Lakukannya setiap hari kerana di dalam rumah ada gangguan makhluk halus...


Ini adalah sekadar usaha kita sebagai manusia biasa... Berjaya atau tidak usaha kita segalanya terpulang kepada Allah...




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Tuesday, December 2

Promosi Vitamin E Complex Shaklee Disember 2014



Promosi Vitamin E Complex Shaklee Disember 2014 !!!



Assalamualaikum....


Bulan Disember 2014 promosi vitamin E shaklee terbaik untuk kecantikan, anti-penuaan, kesuburan dan kesihatan jantung untuk semua orang... 

Nak tau kenapa???

Kerana Shaklee menawarkan Promosi Beli 2 Vitamin E Complex dapat 5% diskaun dan juga Promosi Beli 6 Percuma 1 untuk produk kesihatan Vitamin E Complex... Dengan setiap pembelian sebanyak 6 botol Vitamin E, pembeli layak menerima 1 botol secara percuma... Bukan itu sahaja, malah keahlian Shaklee yang bernilai RM65 juga percuma... Dan yang paling best sekali ialah pada bulan seterusnya layak mendapat pulangan dalam bentuk tunai sebanyak RM35++. Best kan..????



Kebaikan Vitamin E Complex Shaklee...


Melindungi Jantung – Pengambilan vitamin E sebanyak 800IU sehari menyokong kesihatan jantung... Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol baik (HDL), mengurangkan tekanan darah dan lain-lain penyakit jantung..


Meningkatkan Kesuburan Lelaki – Kajian pada tahun1924 mendapati, pengambilan vitamin E mampu meningkatkan kesuburan kaum lelaki... Ini kerana lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin e sehari telah menunjukkan peningkatan pada kiraan bilangan sperma..


Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, kesan parut jerawat serta pigmentasi pada wajah... Pengambilan secara konsisten menyerlahkan lagi tekstur kulit dan tona muka...


Sumber Anti-Oksidan Yang Tinggi – Pengambilan sebanyak 1200IU sehari sebagai sumber anti-oksdian yang kuat untuk melawan penyakit berbahaya seperti kanser, menguatkan sistem imunisasi badan serta mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas..
.

Memperbaik Arthritis – Meningkatkan keanjalan saluran darah, memperbaiki kitaran darah, mengurangkan masalah sakit sendi...

Yang membuatkan Vitamin E Shaklee berbeza dengan jenama lain ialah dilengkapi selenium... Selenium memainkan peranan untuk meningkatkan lagi penyerapan vitamin e oleh tubuh badan... Selain daripada itu, kebaikan selenium juga memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot... Dengan ekstrak biji anggur menambahkan lagi sumber anti-oksidan...


Promosi Beli 2 Vitamin E Complex dapat 5% diskaun & Promosi Beli 6 Percuma 1..

Dengan setiap pembelian 6 botol Vitamin E Shaklee, pembeli akan menerima:-

1) 1 botol Vitamin E PERCUMA
2) Percuma keahlian Shaklee bernilai RM 65
3) Cash rebate pada bulan seterusnya bernilai RM35++


Kalau nak beli 1 botol sahaja pun boleh... Terpulang pada anda... Tapi kalau dapat kongsi beli 6 botol dengan adik beradik atau rakan-rakan lagi lah dapat jimat banyak... Hehehe.. 

Harga untuk sebotol Vitamin E Shaklee ialah RM 149.00.. Boleh tahan sehingga 4 bulan... :D







** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

Monday, December 1

Anak Anda Degil...??????



Cara Mendidik Anak yang Degil...

 

 



Assalamualaikum...

Pesan Nabi saw: Anak-anak yang nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana... Jadi tukar paradigma kita mengenai anak kita.Kata-kata ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL... Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yangg di sangkakan @ fikirkan oleh hambaNya...

 

Di antara perkara yang kita boleh lakukan untuk bantu anak-anak menjadi insan yang soleh:

  1. Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang soleh... Doa itu senjata terpenting orang yang beriman & Allah angkat hijab daripada doa ibubapa...

2. Didik anak tentang solat & ibadah yang  sejak kecil... Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yang tidak solat di umur 10 tahun... Ramai ibubapa yang rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yang merotan anak kerana tidak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah-sunnah harian... makan & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll... Pesan kepada anak lelaki untuk elak kencing berdiri... Pesan kepada anak utk ISTIBRA' selepas kencing... Lelaki dengan berdehem 3 kali & perempuan dengan urut dari pusat ke bwh..
.
4. Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu malam... Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar... Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan... Jadi anak boleh belajar dengan berkesan & fokus ketika... Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih sepertt ayam & ikan... Daging merah buat anak irritable & agresif... Pastikan mereka makan buah-buahan sebelum makan nasi agar badan dapat serap Vit C yang ada didalam buah-buahan & lancarkan penghadaman... Vit C membantu tenangkan fikiran di samping itu juga menjaga kulit... Makan buah selepas makan nasi adalah amalan yang sia-sia kerana badan tidak dapat menyerap nutrien dalam buah-buahan & mengganggu proses penghadaman...

5. Banyakkan memeluk & memuji anak-anak... Anak yang sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal untuk menarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji... Ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar...

7. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi...

8. Cari peluang berjumpa guru-guru anak di sekolah tempat dia belajar... Minta nasihat & bimbingan tentang cara nak bantu anak belajar di rumah...

9. Bacakan di kepala anak...Al - Fatihah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, rajin ke sekolah & pintar... Bacakan waktu malam semasa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sekolah atau bila-bila masa yang sempat...

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren... Mengikut kajian, warna merah dan oren akan merangsang anak jadi agresif dan hyperaktif...

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi...

12. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan... Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal...

13. Kenali kawan-kawan anak & ziarah ke rumah mereka untuk berkenalan dgn ibubapa kawan-kawan anak...

14. Doakan guru-guru, kawan-kawan anak & jiran kita agar cemerlang & soleh... InsyaAllah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita mendapat apa yang kita doakan untuk orang lain...

15. Anak yang tidak ingat apa yang ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha...

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong ) dalam rumahtangga. ..Kata2 ibubapa merupakan doa..

17. Padam semua kata-kata negatif yang pernah di sebut kepada anak-anak dengan memohon maaf & memuji anak dengan jelas... 

Contohnya: Abah minta maaf kerana kata kamu bodoh... Sebenarnya anak abah ni pandai...buat homework sebelum abah suruh, solat sebelum ibu berleter, layan adik dengan baik... Mengikut kajian psikologi: Satu pujian yang jelas akan memadam 300 kutukan yang lalu....


18. Untuk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem depan anak sebelum menasihati anak yang agak "degil". In sya Allah mereka akan mudah dengar nasihat...
 
19. Ibubapa jangan mengharap anak-anak berubah, sebelum itu ibu bapa berubah lah dulu...
 
20. Setelah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.