love

title bar

Monday, November 10

Khasiat Air Kelapa



 Air Kelapa Banyak Khasiatnye taw.....


Ramai diantara kita yang suka minum air kelapa, terutamanya ketika musim panas... Selain dapat membasahkan tekak, air kelapa juga dapat menyejukkan badan...Seperti buah-buahan yang lain, air kelapa juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri...
Dan biasanya digunakan untuk kesihatan dan juga kecantikan...









Antara khasiat air kelapa :

1) Menurunkan Suhu Badan

Ketika demam panas, air kelapa muda yang diminum (seeloknya terus dari buah) dapat menurunkan suhu badan..

2) Mengelak Kedutan Di Wajah 

Amalan membasuh muka dengan air kelapa dapat mengelak dari mendapat kedutan di wajah..

3) Mencegah Uban

nabila pernah dengar, jika kita rajin menggosok air kelapa ke akar rambut setiap kali lepas bersyampu, dapat membantu mencegah rambut dari beruban...

4) Menghilangkan Jerawat

Air kelapa juga dikatakan elok untuk merawat jerawat pada wajah. ..Caranya air kelapa dicampurkan dengan sedikit kunyit hidup dan dibiarkan semalaman, pagi esok bolehlah membasuh muka tu dengan campuran air tersebut...

5) Merawat Kucing Yang Sakit

Jika kucing peliharaan anda cirit birit, muntah-muntah atau demam, bolelah diberi minum sedikit air kelapa muda... Tips ni mak sedara nabila pernah cuba  setiap kali kucingnye sakit... Dan setakat ni memang berhasil... Kucing bila demam selalunya badan akan lemah, bila beri minum air kelapa muda akan nampak lebih bertenaga dan lebih cepat sembuh...

Antara  khasiat air kelapa muda yang nabila tahu...Jika anda tahu khasiat-khasiat lain air kelapa muda ni, bolehlah kongsikan kat ruang komen di bawah... : D

 





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment