love

title bar

Thursday, November 6

Yogurt Bagus Untuk Ibu yang sedang Hamil



 Yogurt Bagus Untuk Ibu yang sedang Hamil






Kebaikan Yogurt untuk ibu hamil...

Amalkan memakan yogurt dua kali sehari dalam menu diet harian anda...Yogurt mengandungi probiotik atau bakteria baik yang dapat menghapuskan bakteria jahat...
Kajian membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan kuman pada faraj... Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis... Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan...

Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan... Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium...

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, ibu-ibu mengandung digalakkan mengambil pemakanan yang mengandungi probiotik seperti tempe, yogurt, minuman berkultur, miso dan sesetengah minuman jus atau soya...
Ini kerana ulas Dr. Natasha, golongan itu sering menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, pedih hulu hati, keputihan, kencing tidak lawas dan sebagainya...
Dengan adanya bantuan daripada pengambilan makanan-makanan yang mengandungi probiotik, ia dapat membantu mengurangkan masalah tersebut dengan penambahan bakteria baik di dalam usus... Probiotik juga memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dan juga berat badan bagi ibu-ibu mengandung...
Ini bermakna probiotik mampu mengawal kencing manis dan berat badan wanita ketika hamil dan selepas bersalin...
Probiotik didalam yogurt boleh membantu mengurangkan risiko terkena jangkitan seperti jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan bakteria atau kulat pada vagina. Probiotik sesuai diambil oleh semua peringkat umur kerana ia mengandungi bakteria baik sama seperti kehidupan usus manusia...

Antara cara lain yang boleh membantu menangani masalah keputihan dari berulang ialah.... 

 

  • Menitik beratkan soal penjagaan kesihatan alat sulit setiap masa.
  • Kerap menukar seluar dalam dan jangan membiarkan bahagian sulit berada di dalam keadaan lembap.
  • Gunalah seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas agar pengaliran udaranya lancar...
  • Membasuh bahagian sulit menggunakan air suam sekurang-kurangnya dua kali sehari..
  • Elak dari menggunakan pencuci khusus untuk vagina secara kerap dan jangan menggunakan sabun wangi untuk mencuci bahagian sulit...






** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment