love

title bar

Tuesday, November 25

Tips Penjagaan Ketika Hamil


Tips Penjagaan Ketika Hamil (terutama pada yang baru mula menjadi IBU) 

 

 
1. Makan makanan yg seimbang 

  • kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

2. Jaga tingkah laku,jaga amalan

  • Pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya... Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati... Supaya hati anak suci... Insya Allah...  Mengucapkan kata-kata yang baik selalu...  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir...

3. Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam 

  • Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti...  Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu...  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian...


4. Jaga pantang larang 

  • Berpantang makan yang berbisa dan tajam...Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan...Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing...  Pernah dengar tentang terkenan??? Atau terkena kenan??? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang... Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung... Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal... Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan... Jangan aniaya binatang...

5. Elakkan tekanan

  • Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas... Macam mana pulak dengan tekanan kerja.??? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya... Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban...  Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.

  • Yang terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah. Disini, “Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)”, “Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )”, “Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”, “Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”, “Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”, “Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”, “Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”, “ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”, “Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”, “Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

11 comments:

Niny fariza said...

Tips ynag sangat berguna..meh amalkan sesama...

Kulit Kering dan Menggelupas

Ila Fyra said...

Tips yang sangat bagus dan berguna. Kata orang emosi ibu juga perlu gembira selalu agar bayi yang bakal lahir juga lebih ceria dan kurang menangis :-)
Terlalu Kurus? Jom Tambah Berat Badan

nurulhuda sobari said...

Dan yang paling penting, jangan lupa kepada suplemen. Cukupkan bekalan nutrisi untuk si ibu dan bayi yang dalam perut tu..okey ^_^*

JommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI

nila anggraini said...

Amalkan pengambilan makanan yang sihat ketika hamil sangat baik untuk ibu dan bayi. Agar kedua-dua nya sihat .
rawat kayap segera sebelum terjadi komplikasi yang teruk

asma el Kareem said...

Bagus tips yang dikongsikan ni..terima kasih

Panduan Untuk Si Manja minum guna cawan

ieda dayah said...

penjagaan ketika hamil sangat penting kerana untuk memastikan anak yang dikandung kekal sihat dan ibu juga mempunyai kesihatan yang baik ketika hamil, sebelum dan selepas bersalin..

8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

sicomel ayatulhusna said...

Penjagaan semasa hamil memang sangat penting, pemakanan yang berkhasiat harus diambil kira untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terjaga dengan baik.

ketahui kepentingan kalsium

fisha hasan said...

Penjagaan emosi juga penting bagi ibu hamil.. Jgn terlalu stress.. Suami Kena jaga emosi isteri..
Jom Join Segmen Blogwalking!!

Syira Masyiramaro said...

Ibu mengandung ni banyak ye kena jaga..aspek.makanan,mental,emosi,rohani mahupun dari segu pertuturan..

Akak Vitamin said...

Teringat pula ketika hamil dulu, semua yang teringi di tekak ku bedal hehe. Cumanya berkhasiat seperti kurma dan vitamin memang tak tinggal :)

Nursimatun Md Yusof said...

Info menarik. sangat berguna untuk panduan ibu2...thanks for sharing...

Cara Meningkatkan Selera Makan Anak-anak Agar Suka Makan Makanan Berkhasiat

Post a Comment