love

title bar

Monday, November 17

Diabetes @ Kencing manis membawa padah...!!!



Cegah & Kawal Diabetes @ kencing Manis dengan Shaklee

 

Assalamulaaikum.....Selamat Tengahari....

Uolsss lunch apa tengahary nie..?????
Apapun yang Uolsss makan pastikan makan makanan yang berkhasiat....Setiap hidangan makanan yang kita makan mempunyai gula yang sangat tinggi... Pemakanan kita boleh menyebabkan Diabetes @ Kencing Manis taw....jommmmm cegah & kawal Diabetes @ Kencing Mani anda dengan Produk Shaklee...






Apa itu Diabetes @ Kencing Manis....????

 

 

Penyakit Diabetes @ kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit Diabetes @ kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi...
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellituskemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap Diabetes @   kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut... Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit Diabetes @ kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap Diabetes @ kencing manis...
Walaupun penyakit Diabetes @ kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.


Cara Untuk Kawal Diabetes Kencing Manis

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup... Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut....
 
·         Penjagaan pemakanan dan berat badan
·         Kerap bersenam
·         Pengubatan
·         Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang


Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul... Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuh........
  1. Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil???
  2. Jenis rawatan yang diterima??? 
  3. Dimana hendak mendapat ubat???

Tanda - Tanda Awal Penyakit Kencing Manis


  • Haus atau dahaga yang keterlaluan.
  • Letih dan lemah otot. 
  • Berat badan menurun.
  • Penglihatan kabur.
  • Gatal. 
  • Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
  • Luka yang lambat sembuh. 
  • Kerap kencing. 
  • Gatal pada kemaluan.
  • Rasa kebas. 


Siapa Yang Berisiko Mendapatkan Diabetes @ Kencing Manis

  • Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti. 
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih). 
  • Tekanan darah tinggi. 
  • Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat. 
  • Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat. 
  •  Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi


Panduan Pemakanan Penyakit Diabetes @ Kencing Manis


  • Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan.  

  • Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan. 

  • Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans. 
 
  • Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu.  

  • Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari. 

  • Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit. 

  •  Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin.

  • Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah-bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu. 

  •  Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum.  

  • Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.

  • Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan hati. 

  • Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek. 

  • Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.

  

Cadangan Set Diabetes @ Kencing Manis


Jika ada bajet lebih,nabila sarankan sangat untuk anda ambil VIVIX...

Vivix


merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan.


Next, boleh cuba ambil GLA COMPLEX, ,ALFAFA,VITA-LEA,OMEGA,VITAMIN C,ESP dan ZINC...





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

15 comments:

Nik Azimah Awg Hamat said...

Mencegah lebih baik dr merawat.

set perut kempis pilihan ramai

nurulhuda sobari said...

Malaysia negara paling tinggi kadar pesakit diabetes di asia tenggara. Dengar pun gerun.

JommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET

Zoe Abigail Adamant said...

Pengambilan makanan yang seimbang amat penting. Juga kenala senam seminggu dua tiga kali ke..Jangan la mkn tido je.Penyakit memang suka serang kalau kita amalkan gaya hidup yang tak sihat.hmm kesihatan tu penting..amalkanlah supplement dari Shaklee


Tips-memikat-jejaka-pujaan

Nursimatun Md Yusof said...

Baru je nampak dalam berita kelmarin, pesakit siabetes di Malaysia akan bertambah lagi... maklumlah, rakyat malaysia memang suka makan yang manis2...

Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

fisha hasan said...

Mmg highly recommended. Vivix.. Dpt turunkan paras gula.. Af yg bebas diabetes lpas konsisten ambil vivix.. Knp vivix? sbb kaya dgn resvetrol..CARA MENDIDIK ANAK MENJADI ANAK SOLEH

Nor Azimah said...

jaga pemakanan...peratus diabetis di Malaysia semakin meningkat...jangan biarkan kaki kena potong yer...vivix membantu menurunkan paras gula dlm darah

Mengatasi Masalah Haid Tidak teratur

Syira Masyiramaro said...

Jika dah tahu diri berisiko, bettet cegah dan sentiada jaga pemakanan

CARA SHOPPING DI ASTRO

Amalina Ahmad said...

dijangka pesakit kencing manis akan meningkat dua kali ganda pada tahun 2020..sama-samalah kita jaga pemakanan..kawal sebelum terkena..

Makanan Yang Boleh Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Ila Fyra said...

Diabetes memang bahay ajika tidak dirawat. Vivix pula memang sangat membantu dalam menstabilkan semula paras gula dalam darah.
Jom Sertai Peraduan Beli & Menang Raikankasih

sicomel ayatulhusna said...

Penjagaan pemakanan yang sangat penting untuk mengelak dari terkena penyakit diabetes ini. Supplemen shaklee boleh membantu merawat diabetes dan menutunkan paras gula dalam darah.

penyakit-yang-paling-ditakuti-oleh-kaum

Niny fariza said...

Pencegahan dari awal lebih baik..jaga pemakanan dan rutin harian..

Kepentingan Minyak Ikan Pada Wanita Hamil

Jasreena Zainal Abidin said...

sangat penting utk kita jaga pemakanan..di samping itu pengambilan suplemen juga disarankan..

irene kass said...

Pemakanan dan exercise perlu seimbang..

faezah mohd said said...

cegahlah ia sebelum terlambat

asma el Kareem said...

Jaga pemakanan dan amalan gaya hidup sihat.mengurangkan risiko diabetes. Pengambilan suplemen juga membantu.

Mengidam Sotong Kangkung

Post a Comment