love

title bar

Sunday, November 9

Air Detox bagi yang inginkan tubuh badan langsing



 Air Detox...

 


Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama....
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia... Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal... Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi... Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar... Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar....


Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik... Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari... Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan.... Sedar-tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan.... 
Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda... Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan...

Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang  paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak... Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear...

Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita.... Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet....

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :

  • mencuci dalaman perut dan usus
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema



Cara nak buat minuman ni... mudah sangat taw!!!!!!
Potong buah menjadi kiub, letak dalam balang atau botol yang sesuai, tuang air suam, masukkan dalam peti ais, dah sejuk boleh minum, tak perlu tambah gula....
  • Teh hijau, pudina, limau = Pembakaran lemak, penghadaman, sakit kepala, kesesakan dan penyegaran nafas .
  • Strawberri, kiwi = Kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, peredaran gula darah, penghadaman .
  • Timun, limau, lemon = Pengurusan berat air, kembung, mengawal selera makan, penghidratan, penghadaman .
  • Lemon, limau, oren = Pencernaan vitamin C, pertahanan imun, pedih hulu hati...



Selamat mencuba !!!!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

1 comment:

Post a Comment