love

title bar

Friday, November 7

Ketahui Khasiat Kismis untuk Tubuh Badan



 Kismis......




Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar...
Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat...

Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen...Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi...
Kenapa ia diungkapkan kismis sebagai gula-gula..??? 
Kerana ia adalah salah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia...
Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak...Kismis menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium..

Jika begitu, tidakkah kismis membahayakan kesihatan??? 
Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas...Kismis mudah diproses untuk menjadi tenaga....

Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot... Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas... Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan...




Khasiat Kismis....

a) Menajamkan minda...

Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat...

b) Antioksida.... 

Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit...

c) Gigi sihat.... 

Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda... Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik... Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria...
Oleh itu, kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak... Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek...



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

4 comments:

Unknown said...

kismis makanan minda. sedap dimakan

anmashealthcare said...

oh..kismis juga boleh menguatkan gigi ya :D

:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Unknown said...

yup..sedap dimakan begitu saja..hehehe

Unknown said...

yup...dlm kismis ada asid untuk mmbunuh bakteria..

Post a Comment