love

title bar

Monday, November 17

Sungai Pahang, Air Pasang



Sungai Pahang, Air Pasang Dijangka Hingga 3.6 Meter Pada Musim Tengkujuh Ini...





KUANTAN - Sungai Pahang dijangka mengalami air pasang sehingga 3.6 meter dalam tempoh musim tengkujuh ini...

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Kuantan 2014 yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan itu,memaklumkan air pasang bermula Oktober lepas iaitu 3 hingga 3.2 meter dalam tempoh 9 hingga 31 Oktober.

Bagi bulan ini ketinggian air pasang pada 5 - 13 November dijangka setinggi 3.2 hingga 3.4 meter dan ketinggian meningkat kepada 3.5 meter pada 22 - 29 November...

Mesyuarat itu turut memaklumkan,paras sungai lebih tinggi berikutan air pasang dijangka lebih besar pada Disember dengan ketinggian dicapai sehingga 3.6 meter sekitar 20-28 Disember.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini memaklumkan, musim Monsun Timur 2014/2015 di Pahang dijangka bermula pada minggu kedua November depan dan berakhir pada minggu kedua Mac tahun depan.

Hujan lebat Monsun yang pertama dijangka berlaku pada minggu ketiga hingga keempat November depan dan tempoh air pasang besar dijangka  berlaku pada 24 November jam 11.08 malam manakala pada 25 November air dijangka pasang pada jam 11.53 malam dan jam 12.38 pada 27 November..Sumber Sinar Harian Pahang.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

2 comments:

Mak Jemah Jual Vitamin said...

harapnya tak berlakulah banjir tahun ni di negeri pahang..

siti rosnah said...

moga2 pahang tak banjir macam tahun lepas...

Post a Comment