Jika anda berkunjung ke pasaraya utama, jenis-jenis keju import seperti cheddar, cottage, mascarpone, mozzarella, parmesan , ricotta dan romano boleh didapati dengan mudah... Ekoran permintaan yang tinggi terhadap makanan segera dari Barat dan pencuci mulut seperti burger, kek, pasta dan pizza, kini rakyat Malaysia semakin bijak menguasai masakan berasaskan keju ini... Industri keju juga begitu pesat membangun di kalangan penduduk Amerika, Eropah, New Zealand, Australia serta negara-negara beriklim sejuk...




PENJAGAAN GIGI

  • Ia membekalkan sumber kalsium yang sangat tinggi yang penting untuk mengekalkan kekuatan gigi... Ia juga amat berkhasiat untuk gigi berbanding sebarang bentuk gula (glukosa, maltosa atau laktosa) yang merosakkan gigi... Protein utama yang terdapat dalam keju dikenali sebagai casein... Ia membantu menguatkan struktur gigi normal... Mengambil keju juga dapat merangsang saliva (air liur) untuk mengurangkan sebarang masalah pergigian...
 

KESIHATAN TULANG

  • Selain mengandungi banyak kalsium, keju dan produk tenusu lain juga kaya dengan vitamin B, yakni sumber nutrient yang penting untuk kanak-kanak, wanita sedang mengandung dan menyusukan bayi serta warga emas... Pengambilan keju yang mencukupi akan membantu formasi dan menguatkan struktur tulang dan rawan...
 

MENAMBAH BERAT BADAN

  • Keju adalah sumber paling berkhasiat untuk menambah berat badan... Ia kaya dengan protein, lemak, kalsium, vitamin dan mineral... Anda perlukan protein untuk otot, lemak untuk lemak tubuh, kalsium untuk tulang yang lebih padat dan kuat serta vitamin dan mineral untuk metabolisma... Ambillah keju sebanyak mana yang anda gemari, bersenam dan tidur mengikut waktu..