love

title bar

Sunday, November 23

Panduan Menuju ke Alam Perkahwinan ...



Persiapan Melangkah ke Alam Perkahwinan....



Hujung-hujung tahun ni ramai yang nak kahwin...Ye la cuti sekolah dah bermula.. Kawan-kawan nabila pun ramai dah berkahwin dan beranak pinak. dah pun...

Semua orang tahulah kan persiapan untuk kahwin bukannya mudah kan???
Banyak persiapan yang perlu dibuat... Yalah perlu ada persediaan mental dan fizikal... Perkahwinan memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi kedua dua belah pihak...


Sebenarnya pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan dan hala tujuan hidup bersama selepas nikah... Betul tak??? 

Okey, berikut adalah serba sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis... Nabila share ni supaya menjadi pedoman untuk mereka yang ingin berkahwin dan juga pada yang ingin berkahwin lagi...( Yang tulis ni pon tak kawin ag )hihihi

1. Kursus Kawin....

  • Kursus Kawin ni WAJIB kena pergi...kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah...  
 

2. Kadi....

  • Sekurang-kurangnye 6 bulan sebelum proposed nikah date korang..mesti kena pergi register kat jabatan agama islam, register tarikh kahwin yg akan diberikan dan tempat nikah... Lepas daftar bolehlah booking tok kadi...

3. Tempahan Mak Andam...

  • Tempahan Mak Andam sangat-sangat penting dalam perkahwinan...Mestilah nak makeup cantik-cantik kan..??Baju nak glamour-glamour..hihihi...At least six months mesti dah booking...

4. Photographer...

  • Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali...
  • photographer ni penting juga bagi nabila sebab gambar-gambar boleh buat kenangan...Nanti leh tunjuk kat anak-anak..hehehe

5. Dekorasi blok dan pelamin

  •  Sekarang macam-macam design pelamin ada...Cantik-cantik semuanya...pilihlah ikut budget korang erq...

 

6. Tukang Masak and Khemah kosi meja...

  • Tukang masak mesti ada...Tapi lebih best kalau korang ada gotong royong, save banyak sikit...hehehe

 

7. DJ/Karaoke...

  • Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan??? Mesti nak engage DJ/ Karaoke services. ..At least 6 months mesti nak kena book...


8. Door Gift...

  • Dulu-dulu door gift yang biasa telur rebus owang kasi... Tapi sekarang dah maju... Ada yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, dan macam-macam lagi...

9. Miscellaneous...

  • Perkara-perkara kecil owang selalu overlook.ll Perkara-perkara kecik camnilah yg selalu membuat kocek kiter kering... Benda-benda seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill, lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan...


10. Photobooth...
  • Zaman  sekarang ramai yang suka bergambar...Selfie sana-sini...


Total Semua Budget Sekarang $10 ribu keatas....

Untuk mereka yang bakal-bakal... Yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnya kan??? Sekarang ni kan, hantaran semakin naik harga... Maklumlah, kata orang ikut market price...Kalau harga mas naik, naik lagi harga bakal-bakal bini...Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah, hai… macam-macam sekarang nie...

Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah perempuan... Ayah selalu ikutkan aje.. Kadang-kadang ada jugak perempuan sendiri yang letak harga... lepas tu pakat dengan mak...






Bincang betul-betul antara korang dengan family dalam hal ni... Mak perempuan  kalau nak letak harga, berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki...Hati dah suka punya pasal, semua boleh aje....Sekarang ni maksiat berleluasa...Sebagai ibu bapa perlulah buat yang terbaik untuk anak-anak mereka..jangan sebab letak hantaran ribu riban tengok-tengok anak kita dah bunting kan susah...

 SELAMAT PENGANTIN BARU...!!!!  :D


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

12 comments:

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Teringat kenangan ketika nak kahwin dulu. Hihi, memang tak menang tangan sebab kahwin masa sambung belajar.
Baca Tentang Set Berpantang Terbaik

Unknown said...

Persiapan kahwin Mmg sibuk Sgt.. Pernah tlg majlis kawan.. Skali kita yg Pening.. Tak taulah Kalau majlis sndiri kan.. Huhu
TIPS KEKAL CERGAS MACAM ZAMAN MUDA REMAJA

bysyiraishak said...

Sy kawen masa bukan cuti sekolah..mmg plan mcm tu supaya x clash dgn mana2 katring dan set pelamin..itupun tetap ramai yg kahwin sama tarikh dgn sy

Unknown said...

Alahai...ingat masa majlis kahwin dulu...huhuhu

kawal kolestrol secara semulajadi

anmashealthcare said...

Banyak sangat nak kena fikir takut tak settel lagi last minute


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

peminatvitamin said...

Banyak persiapan perlu dibuat sebelum menjelang hari bahagia

parut jerawat makin pudar, kulit makin berseri

Unknown said...

checklist untuk yang planning nak kawin..

Resepi Kek Pecan

Nursimatun said...

Sekarang ni serba serbi dah mahal... nasib baik dah kawin awal... barang masih murah time tu... hihihi

Segmen Blogwalking Sampai Penat!

Unknown said...

Selamat segalanya pada yang nak melangsungkan perkahwinan ye. Pada yang masih merancang, rancanglah dengan berhemah..hihii

JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

Akak Vitamin said...

Syukur dah lepas zaman ni. Hehe. Barang makin mahal.. apa pun besederhanalah

Unknown said...

kalau diingatkan balik memang bz time ni xmenang tangan

Nashgal said...

Canggih orang zaman sekarang punya trend.

Jalan-jalan di Seremban

Post a Comment