love

title bar

Friday, November 21

Penyakit JAUNDICE / Kuning Pada Bayi


Cara Merawat Penyakit JAUNDICE / Kuning Pada Bayi



APA ITU JAUNDICE (KUNING)..???
 
Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Ya... sekarang anda tahu kenapa air kencing anda berwarna KUNING).. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu (Ya.. sekali lagi anda sudah tahu apa fungsi hempedu dan kenapa najis anda bewarna coklat-kekuning-kuningan)..


MENGAPA KEBANYAKAN BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN???

Kenapa kebanyakan bayi ini kuning???
Ada 2 sebab utama iaitu....

1. Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek...

Bilangannya juga berlebihan daripada biasa... Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3...

2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air... Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan...

Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal... Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran...







 

APA PENYEBAB LAIN JAUNDICE???
 
Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning... Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia)...

Antara penyebab lain :-


  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)

ADAKAH JAUNDICE BERBAHAYA???

Sangat bahaya!!! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus... Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang... Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning....

Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi... Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta...



PERAWATAN UNTUK BAYI KUNING....

1. Phototherapy (Terapi lampu)

Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.




Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan :-
  • Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm - 50 cm daripada bayi
  • Buka semua baju bayi kecuali lampin
  • Tutup matanya
  • Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
  • Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
  • Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
  • Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
  • Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan.
2. Exchange Transfusion (ET)

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin... Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi... ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah... Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam...
 

Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan...

Bagi seorang doktor, prosedur ini sangat sukar kerana ia dijalankan pada waktu orang lain sedang tidur, anda berseorangan ditemani oleh seorang bayi dan ia prosedur yang sangat-sangat perlahan untuk mengelakkan komplikasi...



CAHAYA MATAHARI VS PHOTOTHERAPY???




Cahaya Matahari



Phototherapy

Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan???

Pada hakikatnya, bayi yang dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah... Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang...

Kenapa Phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari???

Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah.

Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari??? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 4 jam??? paling lama 5 jam.....Bagaimana dengan baki 20 jam lagi...???

Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak??? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja???

Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air... Sinar matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu... Sedangkan di hospital, dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah...

Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya...



SUSU KAMBING VS SUSU IBU....!!!!


Terdapat pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang dialami oleh bayi... Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat mengatakan bahawa ini adalah petua orang tua-tua, cara tradisional atau mengatakan ia adalah satu keajaiban...

Malahan, petua berjemur bawah matahari pagi mempunyai penjelasan yang lebih saintifik berbanding cerita susu kambing... Diharapkan ia bukan taktik penjual susu kambing untuk meraih keuntungan...

Apa yang ada pada susu kambing menjadikan ia begitu ajaib??? Jika ada kajian tentang susu kambing, saya yakin ia tidak ada perbezaan yang besar dengan susu ibu atau susu lembu...

Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi... Malahan, susu kambing mempunyai zat-zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi...

Ada yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan, dinyahkuman atau dimasak..Memberi susu kambing mentah yang tidak pasti status kebersihannya mengundang bahaya kepada bayi...
Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu...

Jika susu lembu yang telah bertahun-tahun digunakan itu pun boleh menyebabkan allergi kepada bayi, bagaimana pula susu kambing??? Alahan boleh membawa maut (Baca artikel ini oleh Pusat Racun USM)

Secara fisiologi, kekuningan bayi akan hilang selepas 5-6 hari walaupun dia tidak diberi minum susu kambing... Sekiranya bayi diberi minum susu kambing pun, kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus... Jadi tidak ada bezanya secara perbandingan...

Saya harap artikel ini boleh membantu anda meneruskan kehidupan anda dengan sedikit pengetahuan yang dapat dikongsi bersama... Apa pun keputusan anda sekiranya anda menghadapi masalah seperti di atas adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan anda sendiri...

Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui... Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda... Ilmu perubatan semakin meningkat maju...Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa....






** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease ** Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: ✍ PM: Nabilla Illa ✐ Blog: http://nabillavittashoppe.blogspot.com ✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9864913 Page: https://www.facebook.com/nabillavittashoppe ➲ COD Area: Kuantan, Pahang Delivery Seluruh Malaysia

17 comments:

Unknown said...

Perlu behati-hati memlilih rawatn untuk bayi jaundis kerana jika slalah pilih membahayakan bayi..

Kepentingan Minyak Ikan Pada Wanita Hamil

Unknown said...

Rawatan terbaik adalah berikan bayi susu ibu..berikan dengan lebih jerap agar bayi selalu buang air.ibu pula kena minum banyak air putih..jangannpula bagi bayinminum air putih!! No no no ia memudaratkan bayi anda


elak makan racun tanpa sedar

peminatvitamin said...

saya ketiga-tiga anak ada jaundis..tpi alhamdulillah tak de la teruk..

pilihan bijak untuk si manja

Unknown said...

Masa bersalin anak kena jaundis juga..mcm2 petua la ikut. Hehhe. Last2 kena chekin hospital juga.

Unknown said...

pengalaman akak melahirkan 3 orang cahaya mata ni sangat berbeza... Anak sulunng dan no 3 je kena jaundice. yg no 2 terselamat. akak pun pelik. padahal sama je cara akak pantang dan ambil makanan...

Tips Cepat Hamil Untuk Isteri Yang Kerapkali Keguguran: Jom Ikhtiar Sebelum Usia Makin Meningkat!!

Unknown said...

jaundis memang bahaya, anak bongsu dua minggu kena tahan kat wad sebab kuning terlalu tinggi...macam-macam petua guna, tak tahu yang mana satu mujarab...lama-lama hilang jugak.

merawat keputihan dengan supplement shaklee

Unknown said...

Kesian Tgk anak2 yg Kena jaundice.. Dduk bawah lampu... Pengalaman tak da lagi.. Tapi mntak Doa Sg. Allah permudahkan.
SEGMEN BLOGWALKING BOLEH TINGKATKAN TRAFIK BLOG

Unknown said...

Masa huda keik2 dulu, memang selalu nampak bayi kena jemur bawah matahari pagi. Tapi sekarang dah tak boleh dah. Bila kuning tinggi, menyusu saja yg dapat turunkan kuning baby. Tapi kena tengok jenis darah jugak. Ada jenis darahyg susah turun.

JommSihatDanCantik -> NAK CANTIK JANGAN SAMPAI TERGADAI

mama hantek said...

Dulu semasa anak keempat, dia satu-satunya yg tidak kena jaundice selepas lahir. Satu-satunya yg berbeza ialah kali keempat hamil, saya amalkan minum esp Shaklee. Saya tidak tahu kaitannya, tetapi itu yg berbeza yg memberi kesan positif tersebut

Unknown said...

Salah 1 sebab kenapa sy ambil shaklee. 2 2 anak sy kna jaundice.

Tips & Info >>> 10 Panduan Mudahkan Kelahiran. Bakal Ibu Wajib Baca!

bysyiraishak said...

susu ibu tetap bagus!tu cara untuk elakkan jaundice

MASALAH KULIT GATAL TIADA LAGI

Nashgal said...

Bagus info ni..

Adik Manis 40an

anmashealthcare said...

Susu ibu adalah cara terbaik menangani masalah ini :D


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Mama Akmal & Ibu Arif said...

Info yang sangat bagus. Ramai ibu-ibu yang panik bila bayi ada jaundis. Yang pastinya susukan bayi sekerap mungkin agar birubilin dapat dikeluarkan sepenuhnya melalui najis bayi.
Ada Masalah Resdung? Atasinya Dengan Set Resdung Shaklee

Unknown said...

Saya ikut jugak petua orang2 tua. Tapi tetap banyakkan beri baby minum susu badan. Alhamdulillah, cepat pulih..

faezah mohd said said...

tq atas perkongsian ini

Unknown said...

kecian bayi kena berpisah sementara dari ibu...tak sanggup tengok bayi kena tahan wad sebab jaundice

CARA MENGHILANGKAN BAU BADAN

Post a Comment