love

title bar

Saturday, November 29

Khasiat Madu Lebah


Khasiat Madu Lebah....


Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, kaya dengan khasiat tetapi juga madu boleh digunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula... Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan....


Khasiat Madu....

Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan... Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya... Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah :

  • asma
  • haid
  • resdung
  • alahan 
  • jerawat
  • rambut gugur
  • barah
  • sakit kepala
  • buasir
  • sakit pinggang
  • gastrik
  • penyeri muka


Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu yang perlu kita ketahui... Di antaranya, madu dapat :
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan...
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
  • Membersih dan menambah darah...
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah...
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih...
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif...
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi...
  • Mengelak cacing perosak dalam perut...
  • Menambah kelazatan makanan...
  • Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman...
  • Mudah dan cepat diserap oleh badan...
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat...
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak...
  • Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang...
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar...
  • Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran...
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada... Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit...
  • Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus..
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu)...
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal..
  • Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan...


Cara Mengetahui Keaslian Madu

Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini... Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna...

Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
  • Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut...
  • Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk...
  • Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas...
  • Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan...Jika madu asli, ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan...
  • Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan... Madu asli akan membentuk bulatan...
  • Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu... Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak...
  • Titiskan setitis madu ke atas kertas... Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas...


Cara Menyimpan Madu

Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu... Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya :-
  • Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap... Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya...
  • Simpan madu di dalam bekas berkaca... Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat... Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan...
  • Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara... Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan... Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin...
  • Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari... Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu...
  • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya...


Madu menurut perspektif Islam...

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut (cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda
”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.
Di sini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.


















11 comments:

Unknown said...

Umi Sy amalkan Mad. Bersama habbatus sauda.. Alhamdulillah.. Mmg berkesa. . Tmbah tenaga.. Alhamdulillah.. Kena konsisten..
TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS

Unknown said...

Rumah huda memang xpernah xdak madu lebah. En suami suka amalkan madu nie..

JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

Unknown said...

banyak khasiat madu ni..tapi kena hati2 beli madu takut kena tipu..

Masalah Kesuburan

Unknown said...

Sekarang memang ramai yang jual madu kan... berhati2 memilih. jangan terbeli madu campuran gula, sudahlah.

Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

Unknown said...

madu memang terbukti mempunyai banyak khasiat...

leekamalia.blogspot.com said...

bagus minum madu ni, sihat dpt, pun sunnah

peminatvitamin said...

Banyaknya khasiat madu..patut cuba

ATASI MASALAH KEDINGINAN

Nashgal said...

Dulu rajin minum madu..sebenarnya elok sangat diamalkan..



Jana Pendapatan Sebagai Persediaan Masa Kecemasan

bysyiraishak said...

Suka madu..berjinak2 makan madu dengan cinch tea.mmg sedap

ieda dayah said...

pernah try makan madu asli fresh kluar dari sarang lebah tu, rsenya kelat sikit.. tp mungkin penggemar madu akan ckp sedap.. hihihi

Anonymous said...

Review of the The Best Slots Site in 2021 - Lucky Club Live
› casino-sites luckyclub › the-best-slots-casino › casino-sites › the-best-slots-casino Read our review of the best slots on offer at Lucky Club Casino. Explore our site's betting options and get a 50% deposit match

Post a Comment