Khasiat Madu Lebah....
Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, kaya dengan khasiat tetapi juga madu boleh digunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula... Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan....
Khasiat Madu....
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan
minuman untuk kesihatan... Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh
memberikan khasiat kepada pengamalnya... Pengamalan madu lebah asli yang
berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli.
Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan
mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah :- asma
- haid
- resdung
- alahan
- jerawat
- rambut gugur
- barah
- sakit kepala
- buasir
- sakit pinggang
- gastrik
- penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu yang perlu kita ketahui... Di antaranya, madu dapat :
-
Mengembalikan kekuatan tubuh badan...
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
-
Membersih dan menambah darah...
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah...
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih...
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif...
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi...
-
Mengelak cacing perosak dalam perut...
-
Menambah kelazatan makanan...
-
Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman...
-
Mudah dan cepat diserap oleh badan...
-
Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat...
-
Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak...
-
Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang...
-
Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar...
-
Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran...
-
Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada... Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit...
-
Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus..
-
Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu)...
-
Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal..
- Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan...
Cara Mengetahui Keaslian Madu
Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama
ketika zaman moden ini... Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran
dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut
keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap
pengguna...Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
-
Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut...
-
Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk...
-
Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas...
-
Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan
sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan...Jika madu asli, ia akan
membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan...
-
Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan... Madu asli akan membentuk bulatan...
-
Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu... Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak...
-
Titiskan setitis madu ke atas kertas... Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas...
Cara Menyimpan Madu
Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan
madu... Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang
dan tidak kehilangan manfaatnya :--
Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di
udara yang lembap... Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan
madu berkurang kualitinya...
-
Simpan madu di dalam bekas berkaca... Pastikan penutupnya ditutup
dengan rapat... Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau
plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam
dan boleh menjadi racun jika dimakan...
-
Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara...
Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya
pengkristalan... Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan
dingin...
-
Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari... Ini kerana nutrisi
di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan
manfaat madu...
-
Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian,
tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap
bau-bauan di sekelilingnya...
Madu menurut perspektif Islam...
Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang
mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu,
mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di
pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian
makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu
yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman
(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang
boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu,
benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang
memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:
"Seorang lelaki datang kepada Nabi
Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut
(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'.
Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan
berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit
bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya
agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian,
lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya
meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah
memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu
Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang
berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada
lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat
gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda
”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai ubat penyembuh penyakit
sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah
satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.
Di sini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.
11 comments:
Umi Sy amalkan Mad. Bersama habbatus sauda.. Alhamdulillah.. Mmg berkesa. . Tmbah tenaga.. Alhamdulillah.. Kena konsisten..
TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS
Rumah huda memang xpernah xdak madu lebah. En suami suka amalkan madu nie..
JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA
banyak khasiat madu ni..tapi kena hati2 beli madu takut kena tipu..
Masalah Kesuburan
Sekarang memang ramai yang jual madu kan... berhati2 memilih. jangan terbeli madu campuran gula, sudahlah.
Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera
madu memang terbukti mempunyai banyak khasiat...
bagus minum madu ni, sihat dpt, pun sunnah
Banyaknya khasiat madu..patut cuba
ATASI MASALAH KEDINGINAN
Dulu rajin minum madu..sebenarnya elok sangat diamalkan..
Jana Pendapatan Sebagai Persediaan Masa Kecemasan
Suka madu..berjinak2 makan madu dengan cinch tea.mmg sedap
pernah try makan madu asli fresh kluar dari sarang lebah tu, rsenya kelat sikit.. tp mungkin penggemar madu akan ckp sedap.. hihihi
Review of the The Best Slots Site in 2021 - Lucky Club Live
› casino-sites luckyclub › the-best-slots-casino › casino-sites › the-best-slots-casino Read our review of the best slots on offer at Lucky Club Casino. Explore our site's betting options and get a 50% deposit match
Post a Comment